Dulu orang-orang ini kutuk Perhimpunan Bersih 4 dengan macam-macam gelaran. Sekarang orang yang sama juga memuji Himpunan Merah akan datang. Ternyata pemimpin ini semakin berbelit-belit dan putar alam. Tapi apa nak dikejutkan. Selagi UMNO menjadi pilihannya, maka manusia macam ini yang dilahirkan....
14 September, 2015
03 September, 2015
PANAS..!! MUHYIDDIN YASSIN , SHAFIE AFDAL BAKAL DIPECAT ..!!
Panas... hari ini kebanyakkan facebook, whatsapp orang-orang kuat UMNO menyiarkan berita berkenaan 7 orang pemimpin utama UMNO bakal dipecat beberapa hari lagi. Menurut mereka, sumber ini diperolehi dari bilik kebal UMNO.
Berita pemecatan ini mula menjadi viral di kalangan ahli-ahli UMNO sejak pagi tadi lagi.
Tujuh pemimpin besar tersebut: Tan Sri Muhyiddin Yassin , Shafie Afdal, Mukhriz Mahathir, Aziz Sheikh Fadzir, Ahmad Said, Hamidah Osman dan Jumat Idris.
Berita pemecatan ini mula menjadi viral di kalangan ahli-ahli UMNO sejak pagi tadi lagi.
Tujuh pemimpin besar tersebut: Tan Sri Muhyiddin Yassin , Shafie Afdal, Mukhriz Mahathir, Aziz Sheikh Fadzir, Ahmad Said, Hamidah Osman dan Jumat Idris.
Berita lanjut menyusul.....
29 Ogos, 2015
PESERTA BERSIH SEMAKIN RAMAI
Hingga jam 1 tengahari ini, bilangan peserta Bersih yang akan berkumpul semakin ramai. Malah beberapa tempat berkumpul seperti daya bumi, Sogo serta beberapa tempat lain semakin membuak-buak kehadiran orang ramai.
Kehadiran yang ramai juga dapat disaksikan di Masjid Negara juga kerana rata-rata peserta Bersih beragama Islam hendak menunaikan dulu solat zohor.
Perkemabangan lanjut akan dilaporkan dari masa ke semasa...
Kehadiran yang ramai juga dapat disaksikan di Masjid Negara juga kerana rata-rata peserta Bersih beragama Islam hendak menunaikan dulu solat zohor.
Perkemabangan lanjut akan dilaporkan dari masa ke semasa...
semakin ramai berkumpul depan Sogo |
14 Ogos, 2015
KES KHALID IBRAHIM: PENYOKONG PUTAR BELIT CERITA?
Aduhai..pening tengok gelagat penyokong Tan sri Khalid Ibrahim menerusi talian online. Rasanya kes ini diselesaikan di luar mahkamah. Selalunya kalau selesai di luar mahkamah, maka tiadalah keputusan terciptakan.
Tapi pengikut Khalid seolah-olah tidak berpuashati dan meviralkan bahawa Khalid menang kes hari ini sedangkan dalam persetujuan bersama, Dato saifudin Nasution mesti minta maaf pada Khalid dan dalam masa yang sama, Khalid juga kena mohon maaf juga. Jadi, apa keputusannya? Kesian melihat gelagat pengikut Khalid.
Berikut kenyataan rasmi Setiausaha Keadilan :
Tapi pengikut Khalid seolah-olah tidak berpuashati dan meviralkan bahawa Khalid menang kes hari ini sedangkan dalam persetujuan bersama, Dato saifudin Nasution mesti minta maaf pada Khalid dan dalam masa yang sama, Khalid juga kena mohon maaf juga. Jadi, apa keputusannya? Kesian melihat gelagat pengikut Khalid.
Berikut kenyataan rasmi Setiausaha Keadilan :
PENYELESAIAN KES SAMAN TAN SRI KHALID IBRAHIM vs DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL dan PARTI KEADILAN RAKYAT
Kedua-dua pihak plaintif (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan defendan-defendan (Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan Parti Keadilan Rakyat) telah bersetuju untuk menyelesaikan kes saman plaintif di luar mahkamah.
Dato' Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir sebagai saksi defendan telah berbincang dengan kedua-dua pihak plaintif dan defendan pagi ini. Sebagai menghormati beliau dan mengambil kira kepentingan masyarakat berlatar belakangkan kemelut politik akibat skandal melibatkan Dato' Seri Najib Razak, kedua-dua pihak bersetuju perkara-perkara berikut:
1) Tan Sri Khalid Ibrahim menarik balik saman
2) Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN memohon maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim
3) Tan Sri Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN
Persetujuan ini dimeterai dan difailkan di mahkamah seperti di dalam dokumen mahkamah yang disertakan bersama.
Bagi pihak KEADILAN, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung
Setiausaha Agung
12 Ogos, 2015
KEMBALI PANAS ....
Assalamualaikum... atas permintaan rakan-rakan serta penggemar blog ini, InsyaAllah...blog ini akan kembali aktif semula selepas 15hb Ogos 2015. terima kasih atas sokongan anda walaupun blog ini berhenti rehat sekian lama.
14 Jun, 2013
ANWAR IBRAHIM BELI UMNO SELANGOR?
Kecoh kini di kalangan puak-puak UMNO kononnya Timbalan Pengarah Pilihanraya Selangor Ir Mohd Zin menerima sejumlah wang yang besar bagi mengalahkan UMNO Selangor di dalam pilihanraya lepas. Haha...pemilihan UMNO dah dekat. Masing-masing nak menonjolkan diri. Maka, timbullah cerita-cerita macam ni. Apa pun kita tunggu dan lihat perpecahan yang kian memuncak di kalangan puak-puak UMNO Selangor.
Kebenaran mengenai khabar ini masih belum dipastikan, namun dalam
bicaranya yang bersungguh-sungguh, Ungku Salleh sememangnya menyalahkan
Zin Badak atas kekalahan BN di Selangor.
Zin Badak Dibayar Anwar Untuk Pastikan BN Kalah Di Selangor - Ungku Salleh
Posted by
Wak Canang
Semua sedia maklum bahawa Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam
Pilihanraya Umum Ke-13 di Selangor. Natijahnya koordinator BN, Dato' Ir
Mohd Zin Mohamed dituduh sebagai pihak yang harus dipertanggungjawabkan
atas kekalahan ini.
Namun khabar kurang enak diterima mendakwa bahawa Mohd Zin atau dikenali
dengan panggilan "Zin Badak" menerima sejumlah wang dari Ketua Umum
PKR, Anwar Ibrahim untuk memastikan BN tewas dalam percaturan politik
Selangor, dan hal ini bukan dihebahkan oleh orang sebarangan, sebaliknya
Ketua Pemuda UMNO Selangor sendiri, Ungku Salleh Ungku Jamal.
"Saya berani bersumpah Zin Badak menerima sejumlah wang dari Anwar Ibrahim untuk pastikan BN kalah di Selangor" - Ungku Salleh
08 Mei, 2013
MAHATHIR MULA BUAT HAL
Mahathir mula buat tekanan pada Najib!! Ini berikutan prestasi buruk dalam PRU 13 yang lepas malah lebih teruk lagi bila prestasi Najib lagi teruk dari Pak Lah! Nah, kini masanya telah tiba untuk ajib terima asakan demi asakan, tekanan demi tekanan. Muhyiddin dikatakan akan beroleh keuntungan politik sekiranya keadaan seperti ini berterusan. Jika desakan Pak Lah turun dilaungkan oleh Muhyiddin yang menjadi proksi Najib ketika itu, maka, kali ini agaknya siapakan akan menjadi 'juara' berselindung sebalik Muhyiddin Yassin? Kita tunggu dan lihat sahaja. Tetapi bagi pendapat penulis, bukan mudah bagi Najib untuk turun takhta kali ini. Beliau baru saja mendapat mandat sendiri setelah empat tahun lepas menumpang mandat Pak Lah saja. Diramalkan atas kedegilan Najib ini, UMNO akan bergolak dan berpecah menjadi dua kumpulan selepas Perhimpunan Agong UMNO tahun ini. Lebih-lebih lagi Perhimpunan akan datang melibatkan Pertandingan merebut semua jawatan dalam UMNO. Semoga 2018 menjadi benar-benar tuah buat Pakatan Rakyat.
05 Mei, 2013
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH...
Tuan-tuan hari ini kita sedang berhadapan dgn satu lagi ujian. Banyakkan berdoa, berselawat dan istiqomah. Moga kejayaan di pihak kita, amin...
03 Mei, 2013
NAJIB PULA BERSUMPAH DI MEKAH?
Nampak sungguh betapa Barisan Nasional dalam keadaan sangat-sangat terdesak. Macam-macam cara dilakukan bagi menyelamatkan nyawanya yang dihujung tanduk. Paling terkini video Saiful Bukhari yang dipertikaikan kesahihannya. Sanggup menggunakan Mekah Al-Mukarramah demi memenangkan BN yang semakin nazak. Kalau benar ikhlas, kenapa tiga hari lagi hari pengundian, maka timbul video yang sudah setahun dihasilkan? Nampak sangat Saiful sanggup buat apa saja demi duit.
Bagaimana dengan Najib pulak? Dulu pun pernah bersumpah dalam masjid juga. Tiadakah video di Mekah pula seperti Saiful Bukhari?
Apapun keadaannya, masihkah anda semua ingat, sewaktu menjelangnya pengundian di Permatang Pauh sewaktu Dato Seri Anwar bertanding lawan calon BN Ariff Shah Omar Shah, Saiful dan Najib telah melakukan sumpah laknat . Semua ini demi mengalahkan Anwar!
Tapi...kuasa Allah mengatasi segalanya. Anwar bukan saja menang, tapi majoriti lagi besar lebih dari 12000 undi!!
So, kita tak payah bimbang dengan video terbaru Saiful ini. Mungkinkah ini petanda Pakatan Rakyat akan menang dengan majoriti lebih besar? Ya ..Allah..perkenankanlah kemenangan Pakatan Rakyat kali ini..
02 Mei, 2013
LAUTAN MANUSIA HARI PEKERJA..
Nampaknya gelombang kebangkitan rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi. Malah amat bersejarah pada tanggal 1hb Mei semalam sempena hari Buruh, orang ramai membanjiri setiap perhimpunan yang diadakan tak kira awal pagi, tengahari , petang serta malam. Rata-rata lautan manusia !!! Ternyata angiin perubahan bertiup kencang kini. Apa yang diharapkan agar semua pendokong Pakatan Rakyat terutama yang beragama Islam tidak lupa mengadakan solat hajat serta doakan kejayaan kita kali ini. Inikalilah....!!!
01 Mei, 2013
NAJIB GOYANG GUNA ARTIS KEMPEN SELURUH PEKAN
Khabarnya Najib sanggup membayar antara RM5000 ke RM10,000 pada setiap artis untuk membantu kempen rumah ke rumah sekitar parlimen Pekan sepanjang musim pilihanraya ni. Ternyata Najib pun turut goyang kali ni. Jarang dia berbelanja besar dengan menggunakan artis. Di sini salah satu banner yang dipasang di sekitar pekan Nenasi dalam dun Bebar Parlimen Pekan.
26 April, 2013
HASAN ALI KUTUK UMNO ??
Semakin galak sekarang ni Dr Hasan Ali mencerca dan mengutuk PAS terutama di musim Kempen Pilahanraya sekarang ini. Beberapa hari lepas Hasan Ali muncul di rancangan TV3 Malaysia Hari INI (MHI). Dalam rancangan tersebut Hasan ali keluarka kenyataan bahawa wajib mengundi Barisan Nasional dalam PRU 13 ini. Biasalah, bila dah kecewa, lupa pula apa yang pernah diucapkan sebelum ini. Mari kita saksikan sama-sama video ini . Apa komen anda...
25 April, 2013
IBRAHIM ALI CAKAP ORANG GILA JE SOKONG UMNO
Sempena kempen pilihanraya ni, penulis akan siarkan banyak video-video kalangan 'katak' yang lidah berbelit-belit. Dulu cakap lain. Sekarang cakap lain. Nah! kali ini penulis siarkan ceramah Ibrahim ali di sebuah majlis ceramah di Kedah. Ibrahim cakap hanya orang gila saja yang nak masuk UMNO. Haha...nasib baik sampai sekarang Ibrahim tak masuk-masuk UMNO. Takut jadi gila ke...
20 April, 2013
PEMUDA PAS PUKUL CHEGU BARD?
Kadang-kadang pelik juga dengan geng-geng PAS ni. Tamak tak kena tempat. Kadang-kadang naik meluat jugak. Nampak sangat tiada semangat Islamik langsung. Macam orang tak ada akhlak lakunya. Penamaan calon di Sg Acheh hari ni mencatat sejarah hitam dengan tingkah laku segelintir pemuda PAS. Penulis tak reti nak cakap apa lagi. Korang nilaikan sendiri.
18 April, 2013
WANITA UMNO PULA MENGAMUK
Nampaknya seluruh negara bergegar dengan demonstrasi dan bantahan calon yang dikemukakan oleh najib tun razak. Paling terbaru Wanita Umno rasa kecewa dan terhina apabila tiada langsung kalangan wanita Umno peringkat pusat dipilih sebagai calon kali ini berbanding Pakatan Rakyat. Ternyata sikap kecewa mereka ini akan diterjemahkan menerusi peti undi ? Anda bacalah sendiri keratan akhbar Sinar Harian ini. Moga kali ini peluang Pakatan Rakyat lebih cerah. Aminn..
16 April, 2013
AHLI-AHLI UMNO SELANGOR MENGAMUK
Seperti dijangka pengumuman calon-calon BN Selangor bakal bawa malapetaka besar pada UMNO itu sendiri. Malam tadi penulis ronda-ronda sekitar Selangor, rata-rata petugas Bilik Gerakan BN mengamuk setelah mengetahui keputusan 'bocor' nama calon-calon BN. Menurut mereka ada calon yang pernah ditangkap khalwat, kini dicalonkan semula, tetapi calon yang menang bergaya pru 12 digugurkan kali ini. Malah khabarnya ada rancangan mahu demontrasi depan pejabat UMNO Selangor pagi ini. Semalam pun sudah diadakan beberapa demonstrasi kecil oleh penyokong di dun setia dan batang kali. Malah calon di Shah Alam pun dibantah. Menurut mereka calon kali ini paling teruk dalam sejarah BN Selangor.
05 April, 2013
PANAS....TERKINI VIDEO 2013 ZUL NORDIN HINA INDIA
Zul Nordin si oenipu besar ni terkantoi lagi. Jika video sebelum ini beliau dakwa semasa beliau dalam PAS. Kini video paling terkini 2013 bersama PERKASA. Nah! ambik kau... mana mau lari haaaa....
23 Mac, 2013
GAMBAR CIUM DALAM MASJID GOMBAK
MasyaAllah...apa nak jadi ni. Terkejut penulis semalam ketika pergi ke Masjid Zaid Haritsah Gombak berdekatan Pasar Gombak, terpandang satu risalah yang diletakkan dalam masjid tersebut. Penulis sangat terkejut bila ternampak gambar lelaki bercium sesama lelaki. Macamana gambar macam ni boleh disebarkan dalam masjid. Niat nak berdakwah memang bagus tetapi kenapa mesti letakkan gambar macam ini? Baru-baru ini puak-puak UMNO bising katanya risalah Selangor Kini dari kerajaan Negeri Selangor tiap minggu diedar di masjid-masjid. Tapi bagi penulis tiada salahnya sebab cerita di dalamnya berkisar usaha kerajaan negeri membangunkan Selangor.
Tapi risalah yang penulis tengok dalam masjid ni lain macam. Bila dibaca, barulah faham. Risalah ni seakan risalah dari puak UMNO sebab banyak mengutuk LGBT kemudian gambar pemimpin Pakatan rakyat menghadiri satu majlis kematian bukan Islam. Bahasa kutukan seperti bahasa puak-puak UMNO. Inilah yang dikatakan baling batu sembunyi tangan. Sanggupkah puak UMNO mengakui mereka yang mengedarkan risalah gambar cium ini?
Tapi risalah yang penulis tengok dalam masjid ni lain macam. Bila dibaca, barulah faham. Risalah ni seakan risalah dari puak UMNO sebab banyak mengutuk LGBT kemudian gambar pemimpin Pakatan rakyat menghadiri satu majlis kematian bukan Islam. Bahasa kutukan seperti bahasa puak-puak UMNO. Inilah yang dikatakan baling batu sembunyi tangan. Sanggupkah puak UMNO mengakui mereka yang mengedarkan risalah gambar cium ini?
16 Mac, 2013
PANAS..GAMBAR ANWAR BOGEL LAGI?
Mazidul bekerja keras promosi semua laman web burukkan Anwar melalui Facebook |
THURSDAY, 14 MARCH 2013
3... 2... 1..... Action!!! (PART 1)
Ketibaan Sang Hero..... RAJA GOYANG
Hi!!! Sayang kat ABANG
Pelukan MESRA dua KEKASIH INTIM
errmmmmm..... RAJA GOYANG sedang GONCANG
KUCUPAN INTIM asmaradana dua KEKASIH
Si RAJA GOYANG tinggalkan pentas AKSI......
Langgan:
Catatan (Atom)