rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

30 Jun, 2011

GURUSILAT PUN KAKI BODEK

Bodek jangan tak bodek...dia kata ada satu juta ahli akan berlawan dengan Bersih. Kita tengok siapa sebenarnya pendekar nanti. Mungkin gambar bawah ni antara anak murid dia tak? Kahkahkah....


OMARDIN PULAK ISYTIHAR 'PERANG' DGN BERSIH...

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memberi amaran kepada penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya membatalkan hasratnya itu jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.

Mahagurunya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara.

"PSSLM yang mempunyai ratusan ribu ahli juga akan turun pada 9 Julai itu sekiranya Datuk S. Ambiga masih mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana jelas sekali ia perbuatan yang menghina negara.

"Kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun dahulu tidak akan berdiam diri. Sekiranya kami tidak mengambil apa-apa tindakan, kami akan dianggap dayus.

"Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan. Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Omardin, PSSLM telah lama berdiam diri dan bersabar dengan tindak-tanduk segelintir golongan seperti Ambiga yang cuba menganggu gugat keamanan di negara ini.

Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

"Banyak lagi kaedah lain boleh dilakukan daripada berarak di jalan raya dan menyusahkan banyak pihak seperti polis, peniaga dan rakyat. Perkara ini boleh diselesaikan melalui cara meja bulat, jadi gunakanlah saluran yang betul," jelasnya.

.....apa polis buat dengan puak-puak begini yang buat statemant melampau begini..... polis penakut ke?


KENYATAAN TERKINI DARI CEKAK HANAFI:

M NEGERI

Silat Cekak Hanafi haramkan ahli sertai 9 Julai

KUALA LUMPUR 29 Jun - Kira-kira 75,000 ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi diharamkan daripada menyertai sebarang perhimpunan sama ada anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) atau Himpunan Patriot (Patriot) pada 9 Julai ini.

Pewaris Mutlaknya, Md. Radzi Hanafi berkata, jika persatuan mendapati ada di antara ahlinya berbuat demikian, mereka akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas termasuk dilucutkan keahlian.

Justeru katanya, kenyataan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) mengenai kesediaan 50,000 ahlinya 'bertempur' pada hari berkenaan tidak melibatkan seorang pun daripada 75,000 ahli persatuan itu.

"Saya juga berharap agar pihak yang mahu menyertai salah satu daripada tiga perhimpunan pada hari berkenaan (9 Julai) supaya tidak memakai pakaian yang tertera logo Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi.

"Tiada gunanya bagi para pengamal silat menyertai perhimpunan pada hari berkenaan kerana itu bukan agenda kita," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Mahaguru PSSLM, Tan Sri Omardin Mauju berkata, seramai 100 guru daripada pelbagai pertubuhan silat akan membuat kata sepakat pada pertemuan Sabtu ini demi mempertahankan keselamatan negara sebagai benteng ketiga selepas tentera dan polis.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Waris Malaya, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad ketika dihubungi berkata, ahli-ahlinya akan tetap turun bersama Patriot pada 9 Julai ini bagi membantah tindakan pembangkang menggunakan cara subversif bagi mendapatkan kuasa di negara ini.

"Kami menggesa Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas penggerak Bersih yang menerapkan fahaman komunisme sebelum keadaan menjadi parah atau kita tengok sama ada kami pula yang akan dikenakan tindakan di bawah ISA," katanya.


Kalau persatuan silat macam ni, baru la orang respect...

29 Jun, 2011

TEMBELANG NAJIB TERBONGKAR


Bersih 2.0: Tembelang Najib Pecah



"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat.”

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaItu intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.

Dalam sekelip mata di bawah teraju beliau, Malaysia kembali ke era negara polis yang mewarnai pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hanya kerana berlainan pendapat dengan pemerintah, maka suara 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cuba dibisukan, manakala ruang bersuara untuk parti pembangkang disempitkan lagi.

Rakyat yang memakai kemeja T dengan membawa logo BERSIH ditangkap, malah bendera Malaysia yang dibawa mereka untuk diedarkan kepada orang ramai juga dirampas.

Ratusan ribu rakyat yang mahu turun menzahirkan keperluan untuk sistem pilihan raya diperbaiki supaya lebih adil dan telus, akan menghadapi serangan polis bersenjatakan belantan dan pancutan air berkimia pada 9 Julai.

NONESegala aktiviti penganjur BERSIH dan pemimpin-pemimpin politik yang menyokong gerakan itu diibaratkan oleh polis dan media arus perdana sebagai memudaratkan keselamatan negara.

Malah BERSIH, menurut Umno-BN, akan memberi kesan teruk kepada ekonomi Malaysia jika tidak dibendung.

Tembelang pecah

Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai baju T dengan logo BERSIH dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu.

Akhirnya tembelang Najib “pecah”.

NONEJanji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong.

Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. Dasar ini kerap dilakukan di zaman Dr Mahathir dan kini berulang di era Najib.

Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan BERSIH.

Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan.

NONEApakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekretariat BERSIH tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah BERSIH?

Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong BERSIH, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu?

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman BERSIH, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan.

police crack down bersih 290611 melacca chinese assembly hallIni kerana tuntutan asas BERSIH adalah supaya sistem pilihan raya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi.

Sebuah pilihan raya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang “bersih” dan tidak mencurigakan.

Amat berpengetahuan

Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihan raya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam.

Contohnya Utusan Malaysia, TV3, NTV7, TV9, New Straits Times dan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA.

bersih rally 271207 06Ini tidak termasuk RTM dan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan.

Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian.

Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi BERSIH ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi.

Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri.

Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat.

NONEBeliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi.

Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur BERSIH?

Tutup sebelah mata

Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang , demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil.

NONEKehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan BERSIH sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada.

"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa."

Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong BERSIH.

NONESebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi PERKASA dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan memberi alasan kepada polis untuk bertindak liar.

Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

TANDA KEJATUHAN BN- NIK AZIZ





Bersih 2.0: Tangkapan pra kejatuhan Umno BN
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN.

“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.

“Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui Twitter.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.

“Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya.

Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan.

28 Jun, 2011

Komunis la pulak!!


HAHA..macam-macam idea yang ditimbulkan oleh UMNO ni. Mereka akan kata apa saja asalkan perhimpunan BERSIH gagal. Takut sungguh UMNO kali ini. Apa yang peliknya, Perkasa dan Pemuda UMNO pun berkumpul jugak. Siap Mahaguru silat lepasan Pulau Jerjak lagi mau turun lawan BERSIH. Kenapa hanya BERSIH saja disalahkan berkumpul haram. Yang 3 puak lagi tu...apa cerita? Malaysia Oh Malaysia...


Komunis resapi Bersih

KUALA LUMPUR 27 Jun – Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan.

Ini kerana, gerakan tersebut yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.

Hakikat itu terbukti selepas sekumpulan 29 ahli PSM bersama seorang lelaki Filipina, Romeo Castillo, 59, dan seorang warga Korea, Min Young Song, 24, ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.

Sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia, kedua-dua warga asing itu memasuki negara ini atas pembiayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, yang berpangkalan di luar negara bagi memastikan Malaysia huru-hara.

“Kita tidak menolak kemungkinan Castillo ini mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan bersenjata sehingga disenarai sebagai gerakan pengganas.

“Young Song ini pula yang memasuki Malaysia sejak 19 Mac lalu merupakan ahli pertubuhan 18 Mei, di Korea, dan dia hadir atas tajaan National Democratic Institute (NDI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

‘‘Warga Korea itu kini ditahan di bawah Akta Imigresen dan akan diusir serta-merta.

“Kini semuanya jelas bahawa Bersih sebenarnya terlalu kotor, mereka bukan lagi berjuang untuk sistem pilihan raya yang adil tetapi sebenarnya bertujuan untuk memusnahkan keamanan negara,” katanya.

National Democratic Institute adalah salah sebuah organisasi di bawah National Endowment of Democrasy (NED) yang dinaungi bekas Setiausaha Negara AS, Madeline Albright, iaitu sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi.

Semalam, 31 penyokong Bersih yang diketuai pemimpin PSM, Dr. Jeyakumar Devaraj ditahan dan polis menemui baju T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’.

PSM nafi mahu hidupkan fahaman komunis

KUALA LUMPUR 27 Jun - Meskipun mengakui menyokong dan mengiktiraf sumbangan Parti Komunis Malaya (PKM) kerana didakwa turut memperjuangkan kemerdekaan, Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini menafikan dakwaan bahawa mereka cuba menghidupkan kembali fahaman komunis.

Sebaliknya, Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan menyifatkan dakwaan itu adalah tohmahan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai usaha menggagalkan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai depan.

Menurutnya, segala bukti yang ditemui polis semalam bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana baju yang tertera gambar pemimpin PKM itu boleh didapati di mana-mana termasuk di pasar malam dan Chow Kit.

"Saya tidak hairan semua itu kerana saya pun ada sapu tangan tertera gambar Che Guevara (Pemimpin Gerila Cuba). Sejak dahulu, sesiapa juga yang cuba mengenakan kerajaan dilabel sebagai komunis dan kami menjadi mangsa terbaru.

"Kami iktiraf sumbangan puak kiri dan kanan termasuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) serta PKM dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Bagaimanapun itu tidak bermaksud bahawa kita ahli mereka," katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

24 Jun, 2011

PANAS...PENDEDAHAN TENTANG VIDEO ESKAY


panas...pendedahan johari abdul tentang video eskay





KENAPA BN TAKUT SANGT DENGAN BERSIH?


Apa yang ditakuti sangat pada BERSIH 2.0?
Wira Arjuna
Jun 23, 11
11:00am

Apakah dia tuntutan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta PERKASA sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara? bersih rally 271207 02Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong? Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara marathon, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali? one million youth gathering in putrajaya on stage najib razak speakerJangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menggunakannya bagi “mempertahankan” singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat. Kenapa Umno dan juak-juaknya begitu negatif terhadap BERSIH 2.0? Apakah perlunya polis memberikan amaran untuk “bertindak tegas' terhadap mereka yang menyertai perhimpunan ini? Apakah bezanya perhimpunan ini dengan puluhan himpunan-himpunan yang dianjur oleh PAS, Umno, PERKASA dan pertubuhan lain di kedutaan Amerika Syarikat, Britain setiap kali isu Palestin diperjuangkan.

Gulingkan kerajaan BERSIH 2.0 bukanlah tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. NONEDan ia jauh sekali untuk mengalih pandangan rakyat daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim. BERSIH 2.0 adalah insiatif pertubuhan bukan kerajaan yang dipimpin oleh peguam Datuk Ambiga Srinevasam, seorang aktivis yang mendokong keluhuran pelembagaan dan hak asasi manusia. Benar, BERSIH disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun adalah satu hakikat juga bahawa Ambiga telah beberapa kali menggesa parti-parti BN untuk turut serta menyokong perhimpunan ini kerana:

  • Perhimpunan adalah secara aman
  • Seluruh rakyat mahukan pilhanraya yang telus dan adil, dan parti politik harus memberi sokongan kepada tuntutan ini
  • Semua pihak mahu melihat SPR lebih professional dalam isu-isu seperti tempoh kempen minimum 21 hari, penggunaan dakwat kekal untuk mengatasi masalah pengundian bertindih dan pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun.

Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah. bersih rally 271207 05Tidak ada satu pun dalam desakan pada perhimpunan BERSIH 2.0 akan memberikan sebarang kelebihan kepada Umno mahupun PAS dalam mempengaruhi citarasa pengundi Melayu. Malaysia jauh daripada ambang kebangkitan rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mobarak di Mesir dan lebih jauh lagi daripada sebarang serangan NATO seperti yang berlaku di Libya.

Banyak rungutan Namun secara jujur, apakah BN beranggapan rakyat tidak mempunyai sebarang rungutan tentang cara Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pemilihan di negara ini? azlanSelepas 12 pilihan raya umum, rasanya tidaklah keterlaluan untuk berharap rakyat tidak lagi diselubungi dengan undi pos yang mencurigakan, atau pengundi hantu dalam daftar pemilih. Begitu juga dengan perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain. Namun ini semua berlaku dan kadar amalan-amalan ini berleluasa menjelang pilihan raya umum ke-13 amat membimbangkan pihak-pihak di sebalik penganjuran BERSIH 2.0. Selepas lima dekad kita mengurus negara sendiri, masih berlaku kes 'bekalan elektrik boleh terputus tiba-tiba apabila calon Pakatan Rakyat mendahului pengiraan dengan lebih 1,000 undi. Bekalan elektrik pulih sejam kemudian dan calon BN menang dengan 58 undi, dibantu oleh undi pos. NONELebih mengejutkan Pegawai Pilihanraya mengambil keputusan tidak perlu diadakan pengiraan semula walaupun undang-undang memperuntukkan keperluan itu. Ini berlaku di Senadin, Miri pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini. Undi pos dikatakan membantu Umno-BN menang di sekurang-kurangnya 25 kerusi parlimen dalam PRU yang lalu dan menjadi kebimbangan paling besar gagasan pembangkang untuk PRU ke-13.

Amat mencurigakan Penambahan mendadak jumlah undi pos amat mencurigakan – hampir enam ribu di Pulau Pangkor, 10 ribu di Setiawangsa. NONEDi Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri prajurit didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka. Mereka tidak mengisi Borang A iaitu borang perpindahan daripada pengundi biasa kepada pengundi Pos, namun pendaftaran itu diterima oleh SPR.

Nama mereka hanya dikeluarkan daripada senarai pengundi pos setelah PAS membuat bantahan dan menuntut SPR menjalankan siasatan. Hujah yang dilazim diberikan oleh Umno-BN adalah jika SPR tidak adil dan cenderong kepada pemerintah, mana mungkin pembangkang boleh menang besar pada PRU yang lalu. Hujah balas ialah, jika SPR memang adil dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawabnya, maka negara sudah pun ditadbir oleh Pakatan Rakyat. azlanKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon-calon Pakatan tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan mereka mendapat sekurang-kurangnya 55 peratus daripada jumlah undi untuk memastikan pengiraan undi tidak dimanipulasi. Ini satu tanggungjawab yang amat berat kerana lawan Pakatan Rakyat dalam PRU bukan parti Umno-BN semata-mata. Pakatan Rakyat sebenarnya berdepan dengan parti Umno-BN yang disokong dengan segala wang rakyat, kemudahan awam, institusi kerajaan dan jentera media arus perdana. Bagi Umno-BN, tidak ada batas untuk menggunakan segala kelebihan kerajaan pemerintah untuk agenda politiknya, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya. NONEApakah SPR mahu sekali lagi tergolong sebagai sebahagian daripada aparatus BN untuk memenangi PRU yang akan datang? Biarlah Himpunan BERSIH 2.0 menzahirkan harapan rakyat yang mahu SPR melaksanakan amanahnya secara adil, telus, dan berkecuali dalam mengendalikan pilihanraya demi masa depan negara tercinta ini.

20 Jun, 2011

ZUL KULIM PEMBOHONG BESAR


Zulkifli bohong, saya sendiri ada bersama Yusuf Qaradawi- Muhammad Nur



19 Rejab 1432H,
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen bebas, Bandar Bharu-Kulim, Zulkifli Noordin berbohong apabila menyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperdaya ulama tersohor Sheikh Yusuf Al Qaradawi.
Demikian dinyatakan sewaktu mengulas dakwaan Zulkifli yang mendakwa Qaradawi diperdaya untuk membela Anwar, seperti mana yang disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Muhammad Nur, beliau sendiri turut serta dalam pertemuan dengan Qaradhawi di Putrajaya, sewaktu ulama dunia itu hadir menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa penghujung 2009.
Malah katanya, beliau sendiri bertindak sebagai jurubahasa ketika pertemuan itu berlangsung.
“Dia berbohong kepada khalayak kerana pada waktu itu saya sendiri diminta mengiringi Anwar dan keluarga bertemu dengan Syeikh Yusuf Qaradhawi di hotel di Putrajaya sewaktu beliau hadir menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada hujung tahun 2009.
“Turut serta dalam pertemuan itu adalah Zulkifli Nordin dan peguam syariah, Kamar Ainiah,” katanya yang juga bekas Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) KEADILAN.
Dalam pertemuan itu, kata Muhammad Nur, Syeikh Yusuf Qaradhawi menyatakan keyakinannya habawa Anwar tidak bersalah dan berpesan kepada Anwar agar menggunakan Qazaf bagi membersihkan nama beliau.
“Pada pertemuan itu Syeikh Yusuf Qaradhawi mengakui kebenaran berada di pihak Anwar sejak beliau mula difitnah pada tahun 1998 lagi. Beliau juga yakin Anwar dizalimi dan menjadi mangsa fitnah sejak tahun 1998 lagi.
“Qaradhawi memberikan nasihat bagaimana Anwar perlu menggunakan Qazaf untuk membersihkan nama beliau,” kata Muhammad Nur.
Menurutnya lagi, ulama tersohor berkenaan tidak mungkin mengeluarkan fatwa membela Anwar tanpa mengenali keperibadian dan sosok tubuh pemimpin itu.
Tambah beliau, Qaradawi cukup mengenali Anwar sejak mereka mula bersahabat baik ketika Anwar memimpin pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia akhir 1970-an.
Malah katanya, Qaradawi juga merupakan seorang ulama yang konsisten dengan pendiriannya membela Anwar sejak dahulu sehingga kini.
“Beliau istiqamah, konsisten dengan pendiriannya dan sudah percaya dengan integriti Anwar sejak mula mengenali Anwar pada tahun 1970-an lagi, sejak Anwar mula memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).
“Malah, Syeikh Yusof Qaradhawi sendiri pernah menyatakan yang beliau mengenali Malaysia menerusi Anwar sewaktu menyampaikan kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam satu masa dahulu,” kata Muhammad Nur.-Kd


INI PULA BERITA YANG DISIAR UTUSAN TENTANG KENYATAAN ZUL AL MUNAFIQIN TENTANG DIRINYA PERBAH BERBOHONG)

Zulkifli, Anwar perdaya Qaradawi

KUALA LUMPUR 19 Jun – Bekas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin mengesahkan bahawa Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebenarnya diperdaya ketika ulama tersohor itu mengeluarkan fatwa menyokong ketua pembangkang dalam kes liwat.

Beliau yang merupakan antara individu bertanggungjawab di sebalik muslihat itu mendedahkan, semua helah itu dirancang oleh Anwar bagi memastikan Dr. Yusuf percaya, bahawa pertuduhan liwat adalah fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar.

“Kita memang memperdaya Dr. Yusuf supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita atur supaya keluar daripada mulut beliau pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) dari mulut Dr. Yusuf, ini fitnah, ini qazaf. Kita nak (yang) itu.

“Saya selaku peguam diarah mainkan peranan beri gambaran kepada Dr. Yusuf bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998. Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu, pasti dia akan kata fitnah dan qazaf. Apa yang kita rancang itu menjadi.

“Kita tidak beri gambaran sebenar, iaitu Mohd. Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini kakitangan dia, mengadu diliwat Anwar. Kita tidak beritahu ada DNA (asid deoksiribonukleik), kita tak pernah beritahu semua itu,” katanya seperti dipetik dari laman blog, http://www.anwaraidc.com.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata demikian ketika ditemu bual secara eksklusif oleh blog tersebut di Parlimen baru-baru ini.

Ditanya kenapa Anwar memerlukan fatwa Dr. Yusuf, beliau yang sebelum ini sanggup bermati-matian mempertahankan ketua pembangkang itu berkata, ia kaedah paling mudah untuk menguasai mentaliti orang Melayu kerana mereka akan percaya kata-kata ulama.

“Saya pernah sembang dengan Anwar. Dia kata, orang Melayu ini, kalau hang (kamu) keluar televisyen, dia percayalah. Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Dr. Yusuf boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia gunalah,” jelasnya.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata, kini beliau sudah sedar dan berasa cukup berdosa bukan sahaja kepada Dr. Yusuf, tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya kerana Anwar sering kali memperalatkan fatwa tersebut bagi membuktikan dia tidak bersalah.

Zulkifli menambah, beliau bertindak demikian pada waktu itu kerana taksub, sehingga akur kepada setiap arahan Anwar, tetapi kini bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepadanya berjumpa orang tertentu bagi memohon maaf.

“Kita buat silap, kita mengaku. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk betulkan balik. Bila tengok balik, banyak dosa, sampai ulama macam itu pun, kita boleh memperdaya supaya percaya isu Anwar difitnah.

“Saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk jumpa orang tertentu dan minta maaf. Saya dah buat. Saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk jelaskan perkara sebenar dan kalau lepas itu, beliau masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah,” ujarnya.

BERSIH KENA, TAPI PEMUDA UMNO DAN PERKASA LEPAS?





KUALA LUMPUR, 19 Jun: Sebenarnya tidak ada masalah perhimpunan atau perarakan yang dibuat oleh mana-mana pihak kerana ia adalah hak yang dibenarkan oleh perlembagaan.

“Biarlah pihak yang membantah perhimpunan Bersih membuat bantahan,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau mengulas laporan akhbar perdana hari ini mengenai beberapa perarakan membantah perhimpunan Bersih yang dianjurkan oleh ‘baby Umno’ Perkasa di Kota Bharu dan Alor Setar.

Laporan itu menyebut di Kota Bharu dihadiri oleh 2,500 orang ketika membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu yang diketuai oleh Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Tindakan yang sama dibuat oleh Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader di Kuala Lumpur.

Di Alor Setar, kira-kira 500 ahli Perkasa Daerah Kota Setar berkumpul di kawasan dataran berhadapan Masjid Zahir, bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih.

Himpunan dibuat sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada pukul 10.30 pagi.

“Persoalannya kenapa himpunan aman Bersih pada 9 Julai ini, belum buat sudah diugut untuk ditangkap. Manakala perhimpunan menentang Bersih tidak diapa-apakan.

“Apakah di negara ini sudah ada dua undang-undang?” soal Idris.

Katanya, jika himpunan dibuat oleh pihak sokong Umno ia kebal daripada sebarang tindakan.

Sebaliknya, kata beliau jika pihak Pakatan Rakyat, belum himpunan dibuat sudah hendak ditangkap, seperti kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar kepada penganjur Bersih.

“Inilah Malaysia negaraku, inilah polis di negaraku,” ujarnya.

NOTA: PENGANJUR BERSIH AKAN DITANGKAP. TAPI PENGANJUR DARI PERKASA DAN PEMUDA UMNO PULAK.......?

19 Jun, 2011

perkasa dilayan baik oleh polis?


Permit PERKASA Diluluskan SEHARI Sahaja oleh Polis, Bukan 14 Hari!


Kredit: Malaysia Today/Pulakdah

Pada 17hb Jun 2011, polis telah mengeluarkan satu permit kepada PERKASA untuk menganjurkan satu perhimpunan. Permit itu dikeluarkan hanya SEHARI selepas PERKASA memohonnya pada 16hb Jun 2011.
Perhimpunan itu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada hari ini, 19hb Jun 2011. Lokasi itu juga adalah tempat yang sama pernah menjadi lokasi pilihan Pakata Rakyat untuk menganjurkan satu perhimpunan. Walau bagaimanapun permohonan permit itu telah ditolak atas alasan 'KESELAMATAN'.

Lazimnya, anda perlu memohon permit 14 hari sebelum sesuatu perhimpunan diadakan.


P/s:Inilah demokrasi versi Malaysia di bawah pemerintahan UMCO!

(dipetik dari: duniacacamarba.blogspot.com)

BUKTI NAJIB TAKUT MAT SABU?


LL4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu?

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN.

(Poster asal: kanan)

Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas ketika ditemui.

Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup.

(Gambar: Nama Mohamad Sabu ditutup pada backdrop di pentas utama.)

Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini.

Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu.

Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka.

Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib.

Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu.

Rasa dipermainkan

Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi.

"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.

"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.

"Saya rasa dipermainkan," katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini.

Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi esok di restoran Haslam, Jalan Pahang.

17 Jun, 2011

HINA ISLAM: PERKASA BELA UTUSAN


Utusan tidak hina hukum Islam

KUALA LUMPUR 16 Jun – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menegaskan, karikatur bertajuk Kekeliruan Kes Rogol tidak menghina Islam sebaliknya, mahu menyindir pihak yang terlalu obses serta takut untuk menghukum pemimpin politik yang melakukan zina.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, sindiran tersebut wajar dibuat kerana terdapat golongan yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, sanggup membela dan menutup sebelah mata mengenai kesalahan zina, meskipun segala bukti jelas mendedahkan aksi jijik tersebut.

“Perkasa bukan mahu membela Utusan Malaysia sebaliknya, kami menyokong tindakan tersebut kerana ia bertujuan menyedarkan rakyat. Kenapa karikatur ini yang dipersoalkan, kenapa tidak bertindak terhadap pemimpin pembangkang yang melakukan seks,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pihak pembangkang terutamanya Pemuda Pas yang menuduh karikatur tersebut yang disiarkan Utusan, sebagai menghina hukum Islam.

Syed Hassan berkata, Pas tidak sepatutnya menyalahkan Utusan kerana karikatur itu cuma medium untuk menyatakan kepada pihak pembangkang, bahawa rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan ‘pengampunan’ begitu sahaja oleh pemimpin parti itu terhadap pelaku zina dan liwat.

Sementara itu, blog, http://ruangbicarafaisal.blogspot.com juga mempertahankan karikatur itu sebagai tidak menghina hukum Islam kerana ia hanya bertujuan menjelaskan kekeliruan berhubung kejadian rogol dan zina antara penghulu dengan polis.


(Memang dah agak. Kerana gila publisiti, Perkasa sanggup pertahan Utusan yang menghina Islam. Semakin jelas kita nampak sekarang matlamat sebenar Perkasa ditubuhkan...)

15 Jun, 2011

UTUSAN MEMANG CELAKA...


Utusan memang celaka!! Sanggup hina Islam demi kepentingan UMNO dan suku sakatnya. Kita tengok adakah berita ini menjadi tajuk utama TV3 dan sekutunya. Kita tengok apa reaksi kaki bodek seperti zol Kulom dan Zahrain lembu serta Presiden Pertubuhan Katak SeMalaysia. Kita tengok tahap bodek puak-puak ni...


Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. “PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat. “Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya. Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'. Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu. “PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina. "Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam. “Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat. Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah. "Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya. Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam. "Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.


PROFESSOR KAKI BODEK?


MASIH teringat ketika berjumpa dengan bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia yang juga tokoh Umno Kelantan Hussein Ahmad beliau ada mencemuhi beberapa orang cerdik pandai yang bergelar profesor yang sering bercakap di kaca tv mengenai politik negara ini. Katanya, semua profesor yang bercakap dalam tv itulah yang memusnahkan pilitik orang Melayu. Menurutnya apa yang mereka cakapkan itu tidak sedikit pun membantu orang Melayu mempertingkat daya intelektual politik orang Melayu tetapi lebih menambahkan kelukaan orang Melayu.

"Baik hentikan saja dari mengundang mereka bercakap. Lagi banyak mereka bercakap lagi rosak orang Melayu." demikian tuturnya denga nada marah. Mengapa beliau berkata begitu kerana mereka bercakap mengikut haluan yang ditetapkan dan bukan memberi pandangan mengikut ilmu atau pun bidang yang mereka pelajari. Mereka dikandangkan oleh ideologi.

Katanya tidak silap kalau saya katakan mereka adalah profesor upahan; "hentikan saja panggil mereka." Ulang beliau dengan jengkil.

Ada kebenaranya kata-kata Hussein yang juga dikenali di zaman kehebatannya sebagai Hussein Serama itu. Kalau diperhatikan kepada profesor atau jurucakap politik yang dipanggil dan minta pandangan semua bercakap bukan untuk membina politik bangsa tetapi bercakap untuk mengukuhkan kedudukan mereka serta meninggikan perut masing-masing. Nampak sangat mereka bercakap menggunakan air liur Umno untuk menggerakan mulut.

Mereka ini juga tidak ada prinsip. Nada cakap mereka ini juga berlainan semasa mereka berkhidmat dengan kerajaan, sewaktu pencen mencari kontrek kerja dan selepas mendapat kontrek kerja di mana-mana institusi atau pun syarikat GLC kerajaan.

Contoh terbaik apa yang berlaku kepada Zainal Kling [foto] seorang yang dianggap sebagai penganalisa politik yang bercakap melalui saluran pipa. Kalau mendengar cakap dan ulasan politiknya hanya menjurus kepada satu pihak. Dia hanya mengkritik parti pembangkang saja dan senyap sendu untuk menegur politik parti pemerintahan.

Saya juga hairan macam mana dia boleh dianggap sebagai penganalisa politik. Sepanjang hidup saya tidak pernah berjumpa dengan beliau di kapangan untuk membuat kajian dan nilaian politik dengan mata kepalanya sendiri. Tidak seperti sesetengah profesor lain yang turun ke lapangan dan melihat sendiri gerak nadi politik. Kalau membuat analisa dari dalam bilik berhawa dingin atau pun di birai rumah-rumah menteri, tidak mencukupi maklumat dan lebih baik jadi pengampu berdaftar sajalah.

Saya pernah mendengar tuturnya pada suatu majlis di rumah Pena di Kuala Lumpur. Ketika itu beliau masih menganggur dan menjadi aktivis Ngo Melayu yang tegar. Bukan main lagi berani mengkritik kerajaan. Dia juga mengsyorkan supaya diadakan dokumen khas untuk ditaburkan kepada rakyat di dalam pilihan raya. Biar rakyat membacanya satu dokumen bebas yang berwibawa! Dokumen itu mengkritik parti pemerintah yang ketika itu dipimpinan oleh Abdullah Badawi.

Naik semangat juga mendengar cadangan beliau itu. Ketika itu menampakkan akan daya keintelektualan beliau sebagai seorang profesor dan akademis yang berdiri atas prinsip kebenaran dan keadilan berlandaskan keilmuan.

Tetapi suasana berubah bila beliau mendapat kontrek berkerja dengan kerajaan kalau tidak salah di UPSI.

Perhatikan kepada cakap dan ulasannya hari ini. Semuanya berbau munafik dan tujuannya lebih untuk mengukuhkan kedudukannya dengan kontrek berkenaan. Saya yakin kalau sesudah habis kontrek nanti nadanya akan jadi lain pula, lebih kritis dan telus. Mungkin sekali lagi dia akan mencadangkan diadakan dokumen khas untuk ditaburkan kepada rakyat.

Selain itu pandangan beliau juga amat naif sekali kalau dibandingkan dengan ilmu dan pengetahuan yang ada dalam tubuhnya. Terbaru dia mengkritik Pas agar menukar nama Islam yang ada kepada parti berkenaan. Semuanya kerana Pas membawa tema baru dalam meraih sokongan rakyat iaitu 'Membangun Negara Berkebajikan.'

Zainal menyifatkan perjuangan Pas tidak Islam lagi kerana telah menukar perjuangan dari Islam kepada sosialis. Saya percaya beliau terpengaruh dengan apa yang diulas dalam akhbar yang menjadi tempat beliau berkokok. Sedih, seorang profesor yang sarat dengan ilmu membiarkan begitu saja lehernya dijerut oleh laporan akhbar yang menjadi lidah parti politik. Adakala ulasan politiknya menghentam pembangkang lebih rendah dari minda ketua cawangan Umno di hulu.

Apakah beliau tidak meluangkan sedikit masa untuk mengkaji apa yang berlaku dalam Pas dengan tema berkenaan? Kalau pun malas untuk membuat kajian sendiri upahlah budak-budak atau mahasiwa di bawah belenggunya untuk membuat kajian apakah Pas sudah berubah hala tujuan perjuangan atau tidak. Kajilah secara akademik dan bukannya dengan emosi kebencian.

Saya merasa malu kalau begitulah pemikiran dan sikap seorang profesor yang mudah dipengaruhi oleh akhbar lembu. Bagaimana para pelajar hendak menghormati dan menyanjungi keilmuannya. Dimana prinsip atau kaedah memahami sesuatu perkara yang dipelajar selama ini. Apakah Zainal tahu atau mendalami akan perlembagaan Pas dan juga struktur yang membentuk parti berkenaan.

Dan apakah Zainal melihat hala tuju sesebuah parti itu kepada cakap-cakap lisan atau pandangan individu pemimpin saja dan tidak dilihat apa yang digariskan dalam perlembagaannya. Apakah beliau jahil untuk mengetahui apa itu perlembagaan dan apakah fungsinya.

Untuk maklumat Zainal Kling yang tidak pergi ke muktamar Pas atau pun bercakap dengan orang Pas, hala tuju perjuangan Pas masih kekal seperti sedia kala. Tidak betul dan tidak benar kalau Pas telah menukar perjuangan dari Islam kepada sosialis persis DAP. Perjuangan Pas berpandu kepada Quran dan hadith jauh beza dengan sosialis DAP. Ulama masih lagi menjadi pemandunya. Tidak timbul kalau Pas menukar hala tuju atau dasar perjuangannya. Pas hidup dan berkembang bukan seperti diri profesor seperti anda.

Majlis Syura Ulama adalah pengawal kepada segala polisi dan dasar yang hendak diperkenal oleh Pas. Apa-apa perubahan yang hendak dilakukan mesti mendapat kelulusan majlis berkenaan. Sepatut sebagai seorang penganalisa politik beliau mengetahui akan hakikat ini. Macam mana seorang profesor boleh bercakap atas angin begitu saja.

Akhirnya saya rasa, lebih baik Zainal tidak bercakap dan mengulas mengenai Pas kalau beliau tidak tahu apa itu Pas. Lagi banyak beliau bercakap lagi jatuh martabatnya sebagai seorang profesor. Saya jamin dia tidak pernah memegang perlembagaan Pas sepanjang hayatnya. Atau kalau dia pegang perlembagaan Pas lagaknya pun tak ubah seperti pegang daun pakau saja.

Jangan Zainal malukan golongan profesor negara ini dengan pandangan dangkal dan lebih ke arah untuk menjaga periuk nasi dan meninggi perut seperti itu. Malaulah kalau seorang intelektual tetapi masih lagi menjadi pengampu kepada satu golongan semata-mata kerana ingin menjaga periuk nasi bukannya menegakkan keadilan dan kebenaran menerusi ilmu yang dipelajarinya. Jangan pula seorang profesor perlu kembali belajar semula dengan anak murid yang jauh ke depan.

Mungkin istilah yang pernah dipakai oleh Prof Syed Hussein Alattas yang mencemuhi golongan profesor yang cetek dan teduh ilmunya ini sebagai "profesor kangkung" layak untuk dikalungkan dileher Zainal Kling (dipetik dari blog MSOmelayu).

13 Jun, 2011

UTUSAN TERUS SERANG PAS


Nampaknya Utusan Meloya dah kehabisan idea nak burukkan Anwar Ibrahim. Jadi, sekarang, arahan terkini pula untuk Utusan serang habis-habisan Parti PAS pulak. Serangan Utusan berterusan sejak selesainya Muktamar PAS nampaknya tiada tanda akan berakhir. Mereka akan mainkan isu demi isu bagi mengelirukan rakyat. Hanya orang yang mentaliti rendah saja akan percaya omongan kosong Utusan ini.

08 Jun, 2011

MAHATHIR HAPRAK....


KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.

"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.

"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin (gambar kanan) dalam Twitternya.

Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam.

"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan.

Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."

Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!

"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin.

Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham.

Surat Dr Mahathir

Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.

“(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

“Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua,” katanya.

“Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik,” kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka “diambil secupak-secupak” sehingga habis.

“Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS,” katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

NELAYAN PULA KENA UGUT?


Slogan Rakyat Didahulukan nampaknya semakin jauh tersasar apabila golongan nelayan pulak menjadi mangsa kali ini. Kesian betul. Harap-harap pilihanraya Umum kali ini Kerajaan Zalim ini ditukar kepada Kerajaan Berkebajikan, InsyaAllah..

TINDAKAN MUNGKIN DIAMBIL


KUALA SELANGOR 7 Jun – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menimbang untuk mengambil tindakan terhadap nelayan laut dalam yang masih berkeras mahu mengadakan mogok ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan menarik balik subsidi diesel daripada mereka.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan ke atas nelayan terlibat akan difikirkan kerana pihaknya menerima laporan ada golongan itu mahu mengadakan mogok dengan tidak turun ke laut bagi mendesak kerajaan memberikan semula subsidi diesel berkenaan.

Beliau berkata, desakan itu tidak wajar dilakukan kerana tindakan menarik balik subsidi diesel itu hanya melibatkan nelayan laut dalam dengan jumlah hasil tangkapan melebihi 40 tan metrik.

Jelas beliau, subsidi diesel kepada nelayan pesisir pantai yang dikelaskan sebagai nelayan zon A dan B masih dikekalkan iaitu RM1.25 seliter berbanding harga pasaran RM1.80 seliter.

“Saya harap mereka (nelayan laut dalam) faham mengenai perkara ini kerana tumpuan kerajaan adalah membantu nelayan pesisir pantai yang bilangannya lebih ramai dan hasil tangkapan lebih kecil daripada nelayan laut dalam.

“Jika ada yang ingkar dan membuat perkara-perkara yang tidak sewajarnya seperti mogok, demonstrasi dan sebagainya, kita akan fikirkan bentuk tindakan terhadap mereka nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Membina Pasukan Kor Tani Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) peringkat negeri Selangor di Pantai Remis, Jeram di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi LPP, Datuk Zainal Dahalan; Pengerusi LPP Selangor, Jakiran Jacomah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro.

Noh berkata, nelayan laut dalam sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana meskipun subsidi diesel RM1.25 seliter ditarik balik, mereka masih dapat membeli bahan bakar itu pada harga subsidi di pasaran tempatan iaitu RM1.80 seliter.

Selain itu jelasnya, nelayan laut dalam turut mendapat manfaat lain apabila kerajaan membayar hasil tangkapan mereka sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram berbanding nelayan pesisir pantai yang kerajaan hanya membayar hasil tangkapan mereka sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram.

“Kalau nelayan laut dalam mendapat hasil tangkapan sebanyak 40 tan metrik dan kerajaan membayar 20 sen bagi setiap kilogram, ini bermakna mereka mendapat RM8,000 bagi subsidi hasil tangkapan.

“Begitu juga dengan pembinaan tempat pendaratan hasil tangkapan untuk nelayan laut dalam yang kesemuanya dibina oleh kerajaan melibatkan kos yang tinggi iaitu antara RM100 juta hingga RM200 juta.

“Jadi, di mana rasionalnya jika ada sesetengah nelayan laut dalam menyatakan rasa tidak puas hati, menuduh kerajaan zalim, nak mogok dan sebagainya sedangkan mereka sebenarnya mendapat manfaat yang besar daripada kerajaan,” ujarnya.

04 Jun, 2011

PEJUANG RAKYAT BERJAYA AKHIRNYA..


Syabas Perwakilan Pas. Keputusan yang anda buat kali ini amat tepat sekali. Keputusan yang akan menyakitkan hati UMNO. Tahniah sekali lagi.

Keputusan rasmi:

Timbalan Presiden
Mohd Sabu 424
Nasharuddin Mat Isa 224
Tuan Ibrahim Tuan Man 398

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Pemilihan Mohamad yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS dalam pilihan raya umum.

Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua orang ahli parlimennya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).



Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi.

Bagi melengkapi pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden.

PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj – 420 undi
2. Nasharudin Mat Isa, YB – 224 undi
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ – 399 undi

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz – 491 undi
3. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ – 321 undi
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri – 217 undi
6. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - 702 undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

03 Jun, 2011

UTUSAN GANTI HARAKAH?


Utusan Malaysia kini seolah-olah akhbar rasmi Pas pulak. Tapi disebalik berita yang disiarkan, ada agenda tersembunyi. Awas...Utusan cuba lagakan pimpinan Pas. Hati-hati...

02 Jun, 2011

UTUSAN KEMBALI SOKONG USTAZ NASA...


Haha...sokongan Utusan Malaysia kepada regu Tuan Guru Haji abdul Hadi Awang dengan Ustaz Nasharudin Mat Isa kembali lagi..!! Seolah-olah mengulangi sokongan yang pernah diberi sebelum ini. Awas...semua perwakilan PAS. Kali ini bukan lagi masa untuk anda buat pilihan yang salah lagi. Hapuskan terus 'Kerajaan Perpaduan'. Ingatlah kenyataan terkini dari Veteran UMNO bahawa tiada masalah untuk 'deal' dengan Ustaz Nasharuddin !!
Utusan akan bermatian-matian berjuang mempertahankan Ustaz Nasharudin sehari dua ini hinggalah selesai pemilihan. Ingat..dulu dah terkena...takkan kali ini perwakilan Pas akan mengulangi kesilapan yang serupa??

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!