rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

08 Jun, 2011

NELAYAN PULA KENA UGUT?


Slogan Rakyat Didahulukan nampaknya semakin jauh tersasar apabila golongan nelayan pulak menjadi mangsa kali ini. Kesian betul. Harap-harap pilihanraya Umum kali ini Kerajaan Zalim ini ditukar kepada Kerajaan Berkebajikan, InsyaAllah..

TINDAKAN MUNGKIN DIAMBIL


KUALA SELANGOR 7 Jun – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menimbang untuk mengambil tindakan terhadap nelayan laut dalam yang masih berkeras mahu mengadakan mogok ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan menarik balik subsidi diesel daripada mereka.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan ke atas nelayan terlibat akan difikirkan kerana pihaknya menerima laporan ada golongan itu mahu mengadakan mogok dengan tidak turun ke laut bagi mendesak kerajaan memberikan semula subsidi diesel berkenaan.

Beliau berkata, desakan itu tidak wajar dilakukan kerana tindakan menarik balik subsidi diesel itu hanya melibatkan nelayan laut dalam dengan jumlah hasil tangkapan melebihi 40 tan metrik.

Jelas beliau, subsidi diesel kepada nelayan pesisir pantai yang dikelaskan sebagai nelayan zon A dan B masih dikekalkan iaitu RM1.25 seliter berbanding harga pasaran RM1.80 seliter.

“Saya harap mereka (nelayan laut dalam) faham mengenai perkara ini kerana tumpuan kerajaan adalah membantu nelayan pesisir pantai yang bilangannya lebih ramai dan hasil tangkapan lebih kecil daripada nelayan laut dalam.

“Jika ada yang ingkar dan membuat perkara-perkara yang tidak sewajarnya seperti mogok, demonstrasi dan sebagainya, kita akan fikirkan bentuk tindakan terhadap mereka nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Membina Pasukan Kor Tani Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) peringkat negeri Selangor di Pantai Remis, Jeram di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi LPP, Datuk Zainal Dahalan; Pengerusi LPP Selangor, Jakiran Jacomah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro.

Noh berkata, nelayan laut dalam sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana meskipun subsidi diesel RM1.25 seliter ditarik balik, mereka masih dapat membeli bahan bakar itu pada harga subsidi di pasaran tempatan iaitu RM1.80 seliter.

Selain itu jelasnya, nelayan laut dalam turut mendapat manfaat lain apabila kerajaan membayar hasil tangkapan mereka sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram berbanding nelayan pesisir pantai yang kerajaan hanya membayar hasil tangkapan mereka sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram.

“Kalau nelayan laut dalam mendapat hasil tangkapan sebanyak 40 tan metrik dan kerajaan membayar 20 sen bagi setiap kilogram, ini bermakna mereka mendapat RM8,000 bagi subsidi hasil tangkapan.

“Begitu juga dengan pembinaan tempat pendaratan hasil tangkapan untuk nelayan laut dalam yang kesemuanya dibina oleh kerajaan melibatkan kos yang tinggi iaitu antara RM100 juta hingga RM200 juta.

“Jadi, di mana rasionalnya jika ada sesetengah nelayan laut dalam menyatakan rasa tidak puas hati, menuduh kerajaan zalim, nak mogok dan sebagainya sedangkan mereka sebenarnya mendapat manfaat yang besar daripada kerajaan,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!