rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

06 Julai, 2012

UNCLESEEKERS DITAHAN KETIKA KE SPRM

Didakwa fitnah Sultan Johor, Uncle Seekers direman 4 hari
AZIZAN INCHE HARUN
5 Julai 2012

Uncle Seekers bersama Siti Nadhirah dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, 
di sini, hari ini.

JOHOR BAHRU - Pengendali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, 
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari bermula hari 
ini.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini ke atas beliau, nama sebenarnya Syed Abdullah Syed 
Husein Al-Attas, 46, bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd 
Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru di 
sini, hari ini.

Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas 
ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri 
Sembilan kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira jam 
3 petang tadi.

Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu sempat melambaikan tangan ke arah wartawan dan 
jurugambar yang  menunggu di pekarangan mahkamah sejak jam 2 petang sebaik turun daripada 
trak polis.

"Pendedahan akan dibuat, lebih banyak lagi selepas ini. Saya ditahan ketika dalam 
perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata 
beliau sebelum dibawa ke kamar.

1 ulasan:

  1. aku tangkapan ni hanya lakonan saja untuk mengkaburi rakyat.

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!