rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

26 Julai, 2012

UTUSAN AKUI SABAH SARAWAK TAK SELAMAT UNTUK BN

Jarang-jarang  Utusan siarkan ntajuk berita  seperti ini. Selalunya mereka  akan keluarkan tajuk yang menyedapkan hati sendiri saja atau lain perkataan, syok sendiri. Tapi mungkin disebabkan keadaan di Sabah benar-benar berlaku, mereka terpaksa siarkan juga  bagi membuka mata pemimpin BN agar tidak menganggap mudah  Sabah sebagai simpanan tetap mereka  lagi. Malah PM Najib dan Muhyiddin sekarang tak putus-putus turun ke Sabah bagi mengawal keadaan. Hari minggu ini khabarnya Muhyiddin akan turun lagi ke Sabah bagi menyelesaikan masalah 'besr' yang semakin tidak terkawal. Haha...baru mereka  reti kali ni...


Sabah, Sarawak bukan 'simpanan tetap' bagi Barisan Nasional

KUALA LUMPUR 25 Julai - Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya menganggap Sabah dan Sarawak sebagai 'simpanan tetap' yang secara automatik menyumbang kepada kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Jeneri Amir berkata, secara amnya sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih tinggi berbanding kepimpinan peringkat negeri.

Namun, jelas beliau, sokongan pengundi terhadap BN boleh berubah sekiranya beberapa isu terutamanya berkaitan masyarakat pribumi di dua negeri tersebut tidak diberi perhatian sewajarnya.

"Mesti diperbetulkan segala dasar yang tidak betul termasuk dalam soal pembahagian kekayaan dan pelantikan kaum pribumi Sabah dan Sarawak untuk memegang jawatan tinggi kerajaan.

"Secara keseluruhan, BN perlu menunjukkan mereka mampu menjadi sebuah kerajaan yang adil. BN akan terus berkuasa sekiranya masalah dapat diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbincangan bertajuk Sabah dan Sarawak: Simpanan Tetap atau...? pada perbincangan meja bulat bertema PRU13: Malaysia Pilih Siapa? anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara di sini hari ini.

Selain Jeneri, ahli-ahli panel sesi tersebut ialah pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM Sabah), Dr. Arnold Puyok dan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayum Jawan manakala Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Meor Kamarul Shahid bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu, Jayum memberitahu, peningkatan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak tidak seharusnya dipandang ringan pemimpin-pemimpin BN.

Menurut beliau, pengundi di dua negeri berkenaan mahu sokongan mereka terhadap BN dihargai dan bukannya sekadar dianggap sebagai 'simpanan tetap' sahaja.

"Tindakan meminggirkan kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak akan diterjemahkan dalam bentuk undi pada pilihan raya umum akan datang. Perlu diingatkan, kesetiaan pengundi di dua negeri tersebut tidak terletak kepada parti atau individu tetapi kepada kestabilan politik," ujarnya.

Sementara itu, Arnold berkata, keputusan pilihan raya umum akan datang di Sabah bakal ditentukan oleh beberapa faktor termasuk dinamik politik, pemilihan calon dan bilangan calon atau parti yang bertanding di sesebuah kawasan.

Tambah beliau, perubahan strategi politik pada saat-saat terakhir juga bukan sesuatu yang mustahil di Sabah kerana senario itu pernah berlaku apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar daripada BN ketika pilihan raya negeri semakin hampir pada 1990.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!