rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

27 Ogos, 2010

ANALISIS BERITA RTM SANGAT BERAT SEBELAH..


Siapa yang sering mengikuti segmen Akhbar hari Ini di TV1 setiap jam 7.20 pagi pasti bersetuju bahawa kebanyakkan analisis yang disampaikan oleh pengalisis berita amatlah berat sebelah.
RTM sebagai saluran kerajaan yang berfungsi menggunakan duit rakyat sepatutnya bersikap lebih adil dan saksama. Hasil duit rakyat tidak mengira parti serta kedudukan.
Tapi setiap kali kita dipertontonkan oleh RTM menerusi analisis berita, seakan-akan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional benar-benar maksum. Tiada salah. Yang salah hanya pihak pembangkang.
Bayangkan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dipanggil kerajaan Pakatan Pembangkang. Mana dia orang ni bersekolah. Mereka ini seakan-akan tidak dapat menerima kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional di beberapa negeri sejak pilihanraya umum yang lalu.
Kadangkala begitu dangkal sekali hujah yang disampaikan oleh pengarang berita tersebut. Malah kadangkala kebodohan pengarang berita tersebut jelas dirasakan.
Sebagai contoh ketika berlakunya beberapa pilihanraya kecil yang menyaksikan kemenangan Pakatan Rakyat secara berturut-turut, pengarang berita berkenaan menyatakan bahawa kemenangan pembangkang membuktikan bahawa semangat demokrasi masih subur di Malaysia. Tetapi apabila Barisan Nasional menang di Bagan Pinang contohnya, maka pengarang berita berkenaan berkata, kemenangan Barisan Nasional membuktikan bahawa rakyat menolak pembangkang. Inilah buktinya betapa 'bodohnya' pemikiran pengarang berita tersebut.
Kadangkala kita sendiri naik geram dan meluat apabila melihat wajah penyampai analisis berkenaan. Kadangkala tampak penuh emosi ketika membacanya.
Apapun kita tak dapat salahkan pembaca analisis tersebut. Mereka sekadar membaca apa yang telah dituls oleh pengarangnya sahaja. Tidak semestinya pembaca abalisis ini bersetuju dengan apa yang dibacanya.
Sebagai contoh, seorang bekas penyampai analisis tersebut, Zulkarnain Taib. Ketika beliau membaca analisis yang ditulis oleh pengarang berita, nampak macam emosi saja.
Tapi hari ini siapa sangka kini Zolkarnain menjadi editor akhbar Suara Keadilan.
Bagaimanapun apa yang dapat disimpulkan, program Akhbar hari Ini benar-benar dimanfaatkan untuk menghentam secukup-cukupnya parti Pembangkang sehingga kita nampak tiada ruang langsung bagi pembangkang membela diri. Inilah dia agaknya demokrasi ala Barisan Nasional!

26 Ogos, 2010

PENEROKA FELDA DITIPU: APA KOMEN AHMAD MASLAN?


LAMBAT LAUN KEBENARAN TERSERLAH JUA ...begitulah nasib yang menyebelahi 354 peneroka Felda dari Gua Musang yang menjadi mangsa penipuan Felda. Ternyata apa yang diperjuangkan oleh masyarakat peneroka selama ini membuahkan hasil. Dalam hal ini, teringin sangat penulis nak tengok apa reaksi Dato Ahmad Maslanm Ketua Penerangan UMNO akan kemenangan peneroka ini. Beliau yang selama ini menuduh peneroka Felda dihasut oleh pembangkang kini terbukti sememangnya peneroka tersebut amat-amat teraniaya.Kita tengok apa pula alasan beliau pula kali ini.

Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain, mahkamah itu yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.

Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.

Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan.

Keputusan sebulat suara

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim, yang turut terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Menurut Alauddin, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana mahkamah hari ini tidak mempunyai jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

"Justeru, rayuan itu ditolak."

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Mahkamah Tinggi Kota Baharu memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar, dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka.

Jumlah meningkat

Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul.

Pada 19 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar pampasan kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Panel tiga orang hakim ketika itu diketuai oleh Tun Zaki Azmi yang sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Peneroka menamakan Felda, pengurus tanah rancangan tersebut, Ibrahim Ismail (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden.

Mereka diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.-petikan malaysiakini.com

SALAH GUNA FACEBOOK CARI NAHAS


Akaun Facebook guna nama Tunku Ismail

JOHOR BAHRU: Polis sedang menyiasat dakwaan mengenai individu yang menyamar dan menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim di dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata satu laporan diterima pihaknya kelmarin mengenai individu terbabit yang dikatakan menggunakan nama Tunku Ismail dalam Facebook menyebabkan timbul kebimbangan banyak pihak kemungkinan ia disalahgunakan untuk tujuan tertentu.
Kita sudah menerima laporan semalam (kelmarin) dan akan menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan, katanya pada sidang akhbar selepas mengetuai perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Johor di sini, semalam.
Mokhtar berkata, siasatan berkenaan dilakukan IPPK Johor serta Bukit Aman namun masih tiada tangkapan dilakukan.
Sebelum ini, menerusi facebook satu akaun atas nama 'Diari Harian Tunku Mahkota Johore' diwujudkan.
Kewujudan akaun berkenaan didakwa menjatuhkan martabat kerabat Diraja Johor apabila pengendali akaun berkenaan mengaku dia sebagai penasihat peribadi Tunku Mahkota Johor menggunakan nama CikMiky.

Difahamkan dia juga mendakwa bakal menjadi bakal isteri baginda.
Laman terbabit juga difahamkan mewujudkan profil palsu Tunku Ismail dan mereka-reka cerita serta menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor.

Bagaimanapun, akaun berkenaan sudah ditutup sejak beberapa hari lalu.

Mokhtar berkata, laman sosial mahupun internet walaupun dianggap sesuatu yang bebas, namun ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan tertentu.

Jangan tulis apa yang kita suka kerana ia masih tertakluk kepada undang-undang, dan kes ini kita akan siasat mengikut Akta Hasutan.

25 Ogos, 2010

PERKEMBANGAN SEKS DI KELANTAN


POSTING mengenai berita yang masih dalam penyiasatan, Umno Kelantan Bakal Terkejut Besar, ekoran seorang Ketua Umno Bahagian di Kelantan dikatakan menerima rasuah sex nampaknya menjadi berita hangat. Jumlah pelawat dan penjenguk ke blog Merah Tinta dan lain-lain blog yang link berita berkenaan juga meningkat ketara.

Saya sendiri jadi tidak senang duduk. Sehingga kini lima ketua bahagia Umno Kelantan atau wakil mereka menghubungi saya inginkan kepastian siapakah ketua bahagian berkenaan. Itu tidak termasuk penjenguk dan ahli politik termasuk ternama menghubungi menerusi SMS ingin mengetahui isi lanjut mengenai berita itu.

Ada yang merayu-rayu minta saya menyebut namanya. Berita itu nampaknya menganggu kepala banyak orang dan mengurangkan dosa pahala Ramadhan. Jelas dari ketua bahagia atau wakil mereka yang menghubungi saya kelihatan cemas dan bimbang. Kenapa? Hanya mungkin Mat Maslan yang tahu!

Dijelaskan setakat ini blog ini belum bersedia mendedahkan nama ketua bahagian berkenaan. Tunggulah siasatan selesai dijalankan. Walaupun gambar wajah ketua bahagian itu sudah ada dalam simpanan saya, tetapi belum 'tergamak' untuk mendedahkannya.

Yang agak lucunya dalam teka teki berbagai andaian dibuat. Paling melucukan ada orang tertentu menuduh ianya Mustapa Mohamed, ketua Umno Kelantan sendiri.

Di sebuah kedai kopi di Bachok berlaku bercakapan dan telahan berkenaan selepas terawih malam tadi. Seorang telah berseloroh mengatakan ia mungkin Mustapa Mohamed. Manakala seorang lain menolak keras. Bagaimana pun seorang pengujung kedai kopi membalas mengatakan, dalam politik tidak ada yang mustahil. Begitulah lapor sumber di Bachok.

Tambah beliau ada orang nampak warak tetapi perangai macam syaitan, ada pula yang perangai brutal tetapi beriman.

Selain itu ada juga panggilan memberi tahu kononnya mereka juga ada beberapa kes lagi membabitkan ketua bahagian Umno di Kelantan. Kes itu juga membabitkan skandal dengan isteri orang, ajak pramugari bercuti di Langkawi selepas kalah pilihan raya, memilik rumah besar di KL dan sebagainya.

Diingatkan apa-apa andaian mengenai berita yang dipostingkan itu bukan di bawah tanggungjawab saya. Saya hanya akan mendedah berdasarkan fakta dan maklumat yang jelas. Pendedahan mengenai keburukan orang politik ini bukan saja terbatas kepada ketua bahagian Umno saja tetapi ketua kawasan Pas juga tidak akan dibiarkan. -petikan: www.msomelayu.blogspot.com

24 Ogos, 2010

ZAHID MD ARIP NAK BODEK SIAPA?


Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Md Arip sengaja mencari publisiti murahan nampaknya. Maklumlah masing-masing kena bersaing dengan Senator Sesumpah Ezam untuk menarik perhatian Najib. Macam dah tak ada kerja lain lagi malaun ni agaknya. Masing-masing nak tonjolkan diri. Hal Nurul Izzah cerita kapal selam tak boleh menyelam pun kecoh. Sepatutnya dia kenalah buat laporan polis betapa 'bodohnya' pemimpin yang menjaga Kementerian Pertahanan yang tak pandai menjaga negara. Enjin boleh hilang, kapal selam tak boleh menyelam dan sebagainya lagi. Nampak sangat Zahid ni nak ampu lebih-lebih....

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip, membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (kanan), daripada Parti Keadilan Rakyat kerana mengeluarkan kenyataan menjejaskan imej dan maruah negara dalam temubual dengan akhbar Indonesia, baru-baru ini.

Muhammad Zahid, yang ditemui selepas membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam, berkata Nurul Izzah menyebarkan maklumat palsu mengenai Dasar Baru Ekonomi dan memperkecilkan keupayaan kapal selam negara.
Katanya, kenyataan Nurul Izzah, anak kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya pelaburan asing ke negara ini merosot teruk adalah berniat jahat, manakala kenyataan beliau mengenai keupayaan kapal selam negara ini boleh mengundang kecenderungan pihak luar melancarkan serangan terhadap Malaysia.

23 Ogos, 2010

LETUPAN LAGI BESAR DI KELANTAN


Semalam kita dikejutkan dengan letupan mercun dari sebuah rumah dari Kuala Terengganu yang mengakibatkan seorang maut dan beberapa budak cedera.
Tapi kali ini satu letupan besar agar menggegarkan dari Kelantan pula. Tapi bukan letupan mercun, tapi letupan 'politik UMNO', Ikuti kisah menarik ini yang dipetik dari blog Sayuti Omar:


KALAU berjalan lancar, Umno Kelantan bakal dikejutkan satu berita besar yang memalukan seluruh parti Melayu berkenaan dan sekaligus mengaibkan juga Tok Empat Umno Kelantan, (ketua nUmno Kelantan) Mustapa Mohamed. Ceritanya ialah mengenai tindakan seorang ketua Umno bahagain yang dikatakan telah menerima rasuah sex dari seorang ahli wanita juga dari parti berkenaan.

Buat masa ini pihak yang sedang mengumpul maklumat mengenai kejadian itu sudah memperolehi lebih 90% bahan-bahan bukti untuk dibawa ke tengah termasuk kepada Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Antara bahan bukti ialah perbualan (SMS) di antara ketua bahagian berkenaan dengan wanita tersebut ketika melalukan rundingan rasuah berkenaan.

Maklumat lanjut sedang dikumpul. Wanita berkenaan juga dimaklumkan bersedia untuk diambil keterangan dan membuat pendedahan. Jika tidak ada aral melintang percakapan 'beramaran' dengan beliau akan dapat diikuti.

Dari sumber yang dipercayai, wanita berkenaan telah pun menyerahkan dirinya kepada ketua bahagian berkenaan di sebuah hotel. Gambar ketua bahagian berkenaan semasa di hotel juga sempat dirakam oleh wanita berkenaan.

Ceritanya begini; wanita Umno berkenaan telah memohon bantuan kewangan sejumlah RM10,000 dibawah skim sebuah institusi yang dikelolakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Untuk mendapat bantuan ini biasalah, wanita berkenaan kena mendapat sokongan PPM - Pegawai Penyelia Mukim kemudian akan disahkan oleh Ketua Bahagian Umno.

Wanita berusia lebih 30an ini - anak dara tualah kiranya, memohon bantuan berkenaan untuk memulakan perniagaan. Dia telah melalui proses biasa. Tetapi selepas lama menanti kelulusannya dia menghubungi atau bertanya ketua bahagian berkenaan.

Ketua bahagian itu telah menjanjikan akan cuba membantunya dengan memberi syarat tertentu sedia untuk melakukan khidmat sex dengannya. Kerana yakin dan terpdaya wanita berkenaan sedia menurut kehendak ketua bahagian berkenaan.

Beberapa bulan selepas menunggu permohonan tetapi tidak diluluskan menyebabkan wanita berkenaan mulai bising. Untuk menutup rahsia itu dari tertedah ketua bahagian berkenaan telah membayar sebanyak RM600 kepada wanita berkenaan dan meminta agar ianya tidak dihebohkan sementara usaha mendapat bantuan RM10,000 itu diusahakan.

Semua rakaman berpcakapan dan SMS semasa 'rundingan dan tawar menaw' yang berlaku antara ketua bahagian dengan wanita berkenaan dan termasuknya jumlah pemkaluman pemberian wang sebanyak RM600 juga disimpan dalam bentuk SMS akan didedahkan wanita berkenaan.- www.msomelayu.blogspot.com

22 Ogos, 2010


PEMBANGKANG GANGGU FELDA?


Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Pengerusi Felda Dato Dr Yusof Nor berkenaan gangguan Pembangkang ke dalam Felda kini nyata begitu dangkal sekali.
Yusof Nor seolah-olah lupa melihat sejarah lama akan peranan yang dimainkan oleh pembangkang ke dalam tanah rancangan Felda bukanlah baru hari ini malah sejak 20 tahun lepas lagi.
Mungkin disebabkan ketika itu pengaruh parti pembangkang agak malap menyebabkan Yusof Nor pandang sebelah mata sahaja.
Penulis sendiri pernah terbabit dalam suasana pilihanraya waktu PAS di zaman Tuan Guru Yusof Rawa lagi di mana pengaruh Pas di kawasan Felda ketika itu sudah mula menular.
Lebih hebat lagi pengaruh pembangkang ketika zaman Parti Melayu Semangat 46 yang diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Ketika itu Timbalan Presiden Semangat 46, Dato Rais Yatim yang begitu sinonim dengan masyarkat peneroka ketika menerajui Kementerian Kemajuan Tanah dan Masyarakat dan pernah tidur di rumah Peneroka Felda mula mengadakan 'road show' besar-besaran seluruh tanah rancangan Felda.
Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir begitu risau sekali dengan pengaruh Semangat 46 di kawasan Felda.
Malah dalam beberapa ceramah Semangat 46 bersama rakan-rakan pembangkang yang lain dalam Angkatan Perpaduan Ummah serta Gagasan Rakyat , Dato Rais pernah mendedahkan betapa duit tabung Peneroka lesap RM10 juta. Siapa yang curi? Sekarang bila Dato Rais sudah berkasih semula dalam UMNO maka pendedahan besar tersebut hilang begitu saja.
Tahun 1999, sewaktu gerakan reformasi Dato Seri Anwar Ibrahim , Gugusan Jengka dikejutkan dengan kemenangan sulung Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini merupakan Naib Presiden Pas serta Pesuruhjaya Pas Pahang.
Jadi, tuduhan terbaru Yusof Nor seolah-olah baru kini pembangkang 'ganggu' Felda ada tidak masuk akal sama sekali.

05 Ogos, 2010











EKSKLUSIF: EDISI PENDERHAKAAN UMNO


DAULAT TUANKU....

Oleh mNasir

Bismillahir rahmanirr ahiim..

Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno. Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini.Saya susun mengikut negeri-negeri.


Kelantan:

Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan.Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.

Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan.Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku.

Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.

Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.

Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku “Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.

Negeri Sembilan :

Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.

Selangor :

Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam”Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.

Pahang :

Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.

Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.

Perak :

Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.

Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.

Johor :

Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir.

Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.

Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?

Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.

Terengganu :

Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.

Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.

Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.

Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.

Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.

Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu. Jahat bukan?

Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…?

Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.Renung-renungkanlah semua.


SUMBER: www.syukran.wordpress.com



31 Mac, 2010

Separuh Kepimpinan Perkasa Ahli dan Bekas Ahli Umno

MEMERHATI kepada barisan kepimpinan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) 2010/13 yang dilantik pada mesyurat agung pertama dua tiga hari lepas jelas NGO itu tidak dapat lari daripada dibelenggui oleh parti Umno. Hampir separuh mereka yang menerajuinya bekas ahli Umno ataupun mereka yang sudah terpinggir dari arus perdana parti itu. Ada juga mereka yang frustasi dengan Umno dan menjadikan Perkasa sebagai gundik singgahan.

Presidenya, Ibrahim Ali seperti mana dimaklumi orang yang dibuang oleh Umno pada tahun 2004. Beliau politikus yang keluar masuk parti macam keluar masuk jamban saja. Kedudukan beliau itu tidak menghairankan. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden, Ab Rahman Bakar juga ahli Umno yang tidak mendapat tempat di dalam parti berkenaan.

Manakala dua dari naib presidennya terdiri daripada ahli Umno yang tewas dalam pilihan raya lalu dan juga ahli Umno yang digantung kerana terlibat dengan politik wang. Ashraf Wajidi Dusuki merupakan calon UBN di kerusi parlimen Tumpat pada pilihan raya umum lalu tewas kepada Kamaruddin Jaaffar. Beliau juga merupakan anak tokoh Umno yang kini sudah bersara dan tidak aktif dalam Umno, iaitu Dusuki Ahmad.

Seorang lagi Naik Presiden, Mokhtar Samad adalah bekas ketua Umno Bandar Tun Razak. Keahliannya digantung kerana terlibat dengan politik wang. Disebabkan itu jawatan ketua bahagian yang dimenanginya ditarik balik.

Shuib Lazim yang memegang jawatan Bendahari agung adalah bekas ahli Parlimen Sungai Petani Kedah. Kini sudah tidak lagi diperlukan oleh Umno negeri berkenaan. Begitu juga dengan Ketua Penerangan, Ruslan Kassim bekas pemimpin Umno dan juga bekas ahli parti PKR. Anak didik Anwar Ibrahim yang telah meninggalkan gelanggang reformasi. Berbeza dengan Ezam Mohf noor Ruslan tidak bertidak memburukkan Anwar.

Manakala ketua Wiranitanya, Raihan Sulaiman Palestin juga merupakan ahli Umno dan bekas pimpinan Puteri Umno. Pernah mencuba nasib untuk merebut jawatan ketua Puteri Umno tetapi tewas disebabkan masalah teknikal.

Begitu juga dengan ahli jawatankuasanya terdiri daripada ahli-ahli Umno yang pernah menjadi pemimpin peringkat bahagian. Antara mereka , Ahmad Saad, Yusuf merah, Nasiruddin Rais bekas ahli pemuda Umno sebuah bahagian di Perak yang sudah tidak laku dan bermusuh dengan Zahid Hamidi.

Begitu juga beberapa nama dalam jawatankuasa dilantik merupakan bekas ahli Umno kemudian menyertai Umno semula.

Keseluruhannya kepimpinan Perkasa adalah ahli atau bekas ahli Umno. Adalah tidak benar kalau ada orang mendakwa Perkasa adalah NGO bebas dan bukan bias kepada Umno. Berdasarkan kepada latar belakang kepimpinan itu Perkasa jelas adalah perkakas kepada Umno.

Sementara itu beberapa nama yang menjadi ahli jawatankuasa penaja tidak tersenarai dalam barisan kepimpinan Perkasa itu. Apakah mereka telah memufarakah dari NGO berkenaan ataupun memang disingkir.

Antara mereka ialah Fuad Hassan yang memegang jawatan Timbalan Presiden, Rohani Ahmad, Ketua Penerangan, Md Radzi Mustapa selaku penasihat undang-undang Perkasa dan Yahya Lampong yang mewakili Sabah. Begitu juga dengan aktvis dan tokoh belia Perak Yammy Samad juga tidak tersenarai dalam kepimpinan baru itu. Kamal Amir Kamal Hijaz yang turut dijemput menganggotai pertubuhan itu juga tidak kedapatan dalam mana-mana senarai penjawatan.

dipetik dari: www.msomelayu.blogspot.com

28 Mac, 2010

Antara Kejahatan dan Kebaikan Ibrahim Kepada Anwar

MULANYA saya tidak bercadang untuk mengulas mengenai mesyuarat agung Perkasa yang diadakan semalam. Saya sudah bagi tahu kepada dua orang kawan yang menghantar saya ke rumah menjelang Isyak tadi, saya tidak akan membuat apa-apa ulasan mengenai mesyuarat Perkasa itu.

Saya mengatakan begitu bukan bermakna saya menghormati kepada presidenya, Ibrahim Ali tetapi menghormati permintaan kawan berkenaan. Dia adalah kawan Ibrahim yang hadir pada mesyuarat agung semalam dan juga kawan yang sering berhubung dan bertanya khabar saya.

Tetapi setelah membaca laporan mengenai Perkasa membuat 13 laporan polis terhadap pendedahan ahli parlimen yang mengakui Anwar Ibrahim menggunakan nama Yang Dipertuan Agong untuk kepentingan politiknya menyebabkan saya gatal tangan untuk membuat sedikit catatan. Saya tidak boleh lelap kalau tidak sudahkan catatan ini. Catatan ini bolehlah dikira sebagai cendermata saya kepada Perkasa!

Apa yang nak saya tanya Perkasa, kenapa mereka membuat laporan polis berhubung dakwaan ahli parlimen berkenaan? Secara mudahnya laporan itu untuk menyerang Anwar Ibrahim dan memberi gambaran buruk ke atas ketua pembangkang itu. Kenapa Perkasa sibuk-sibuk fasal Anwar? Apakah keuntungan kepada Perkasa. Apakah darjat dan martabat Perkasa akan naik menjulang apabila berbuat demikian?

Anwar belum pasti lagi telah menggunakan nama Yang Dipertuan Agong ia hanya diperingkat dakwaan ahli parlimen berkenaan sahaja. Sepatutnya Perkasa menanti dulu siasatan polis. Apabila polis telah mengesahkan bahawa Anwar ada mengaitkan nama Yang Dipertuan Agong barulah Perkasa boleh bingkas dan menyerang Anwar. Kalau serang habis-habisan pun tidak mengapa kerana ia sudah ada bukti.

Apabila belum apa-apa lagi Perkasa sudah membuat laporan polis nampak sangat Perkasa dengki dan berniat jahat kepada Anwar. Dalam hal ini apa yang orang tengok ialah kebusukan hati presidennya Ibrahim Ali kepada Anwar. Itu sahaja.

Ibrahim tidak habis-habis dengki dan busuk hati kepada Anwar. Apakah tidak cukup peristiwa beliau menempuk meja mengherdik Anwar semata-mata membela Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat majlis Tertinggi Umno tahun 1989 dulu yang bertujuan untuk memecat Anwar dari Umno. Orang masih ingat bagaimana Ibrahim melepas berangnya menempuk meja pada malam itu. Tape dan VCDnya masih disimpan dalam rumah sesetengah reformis.

Apakah dosa Anwar kepada Ibrahim secara peribadi sehingga beliau begitu sekali perlukan kepada Anwar. Sesiapa yang mengetahui atau kepada Ibrahim sendiri silalah bagi tahu apakah kesalahan besar Anwar kepada Ibrahim. Apakah Anwar ada mencuri apa-apa kepunyaan dia? Kalau pun dia nak mengagungkan Dr Mahathir tetapi kenapa harus dia menjadikan Anwar sebagai modalnya? Mendokong seorang yang lain dan mengkhaianti seorang yang lain tidak baik.

Saya masih ingat bagaimana keadaan Ibrahim Ali semasa beliau dipecat dan dilempar oleh Umno. Ibrahim terkial-kial mencari sokongan dan dahan untuk bergantung. Sayalah yang membawa Ibrahim ke rumah Anwar untuk menghubungkan semula tali silaturahim antara mereka berdua. Saya masih ingat bagaimana Wan Azizah Ismail kurang berkenaan Ibrahim dibawah masuk ke rumahnya. Azizah menunjukkan muka masam bila Ibrahim ada dalam rumahnya.

Sayalah yang bagi tahu kepada Azizah supaya bersabar dan kena menerima Ibrahim sebagai tetamu. Masih saya ingat apa yang saya ucapakan kepada Azizah malam itu. "Kak Wan sabar, Kak Wan kena terima Ibrahim sebagai tetamu. Dalam keadaan hari ini Kak Wan kena menerima sesiapa saja, Pak Sheikh memerlukan sokongan semua pihak kawan dan lawan," kata saya.

Mendengar kata-kata itu Azizah yang kurang senang dengan telatah Ibrahim jadi sejuk. Cuma untuk melepaskan geramnya Azizah ada menegur Ibrahim yang kebetulan merokok ketika itu dengan berkata; Datuk maaf di dalam rumah ini tidak dibenarkan merokok," tegas nadanya. Ibrahim serba salah salah tergesa-gesa keluar dan mematikan rokoknya yang dihisapnya.

Sepanjang hidup saya berkawan dengan Ibrahim malam itulah beliau patuh kepada larangan agar beliau tidak merokok. Sebelum ini beliau tidak akan endahkan pada larangan seperti itu, hatta di depan Mahathir pun beliau merokok.

Hasil dari pertemuan itu Ibrahim berkawan dan berhubung semula dengan Anwar Ibrahim. Mereka mengembalikan semula persahabatan. Ibrahim sanggup ke Jerman untuk melawat Anwar menjalani rawatan tulang belakang. Sebagai orang tengah saya jadi sungguh seronok. Betapa gembiranya saya kerana dua sahabat lama boleh duduk bersama semula. Saya mengira kalau mereka berpadu mungkin banyak masalah dapat diselesaikan kerana keduanya ada kebolehan tersendiri.

Lebih bererti lagi Ibrahim juga turut mengadakan konvensyen pengampunan untuk Anwar. Beliau menghimpun seramai 1,200 orang menghadiri konvensyen berkenaan di hotel Grand Season Kuala Lumpur. Satu dokumen mohon pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong untuk Anwar dibuat yang ditandatangani seramai 14 orang, antara yang menananda tangani ialah saya sendiri. Ibrahim yang menjadi tuan rumah bagaimana tidak menurun tandan tangani. Tetapi perbelanjaan dan inisiatif mengadakan konvensyen berkenaan ditanggung dan dilakukan oleh beliau sepenuhnya.

Kesungguhan Ibrahim untuk membebaskan Anwar dari kandang dosa yang dicipta Dr Mahathir itu bukan setakat itu saja. Ibrahim juga turut membantu Anwar dari segi kewangan. Mungkin ini rahsia dan tidak menyenangkan Anwar, tetapi saya perlu menceritakannya. Ibrahim Ali pernah memberi pinjam kepada Anwar sebanyak RM1 juta kerana Anwar dalam kesempitan wang.

Bantuan Ibrahim ini untuk Anwar menyelesaikan hutang pitungannya semasa dalam penjara, ramai yang tidak tahu peristiwa ini. Dan pinjaman Ibrahim ini mejelaskan bahawa Anwar memang tidak ada wang seperti mana dituduh orang. Walaupun banyak mereka (kawan-kawannya) yang mendapat manfaat kaya sewaktu Anwar menjadi TPM tetapi tidak ramai yang ingin membantunya tatkala Anwar ditimpa musibah.

Jadi apabila mengenangkan tindakan Perkasa hari ini yang membuat report polis dengan tujuan untuk menyusahkan Anwar, menyebabkan saya jadi semakin konfius di manakah diri Ibrahim sebenarnya. Antara kebaikan dan kejahatan Ibrahim menjadikan saya sebak sendiri. Satu masa dia simpati kepada Anwar dan dalam masa lain beliau kembali menyerang Anwar. Beliau menjadikan Anwar sang Arnab untuk beliau kejar dan menangkapnya kemudian di bawa kepada Mahathir dan Najib untuk diratah. Apakah fius Ibrahim menjadi rosak apabila setiap kali dia berdepan dengan Mahathir?

Gara-gara laporan polis oleh Perkasa hari ini berhubung dakwaan Anwar menggunakan nama Yang Dipertuan Agong menyebabkan saya merasakan Perkasa yang mulanya mahu dijadikan NGO memperjuangkan hak-hak Melayu dan menjaga institusi raja telah bertukar menjadi perkakas kepada Umno.

Apakah Ibrahim lakukan ini tanpa dalam sedarnya? Bahawa akal politiknya sudah benar-benar rosak? Dan apakah beliau benar-benar sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Anwar yang pernah diakuinya sahabatnya itu? Bahawa beliau melupai segala kenangan pahit dan manis bersamanya. Bahawa demi mendapat sedikit kuasa nilai setia kawan dikorbankan. Begitukah?

Hanya masa dan keadaan akan menentukan saja. Sekiranya Ibrahim lakukan itu semua kerana semata-mata mengharapkan Najib menerima beliau semula sebagai ahli Umno betapa naifnya manusia bernama Ibrahim Ali terpaksa menjadikan daging rakan sendiri untuk dijadikan habuah sang serigalas buas!

petikan: www.msomelayu.blogspot.com

20 Mac, 2010

Dalam Sidang Parlimen beberapa hari lepas, Ketua Pembangkang telah mendedahkan bahawa program “OneMaaysia” adalah idea dari sebuah syarikat bernama APCO. APCO juga bertanggungjawab terhadap slogan “OneIsrael” sewaktu mereka menjadi konsultan kepada mantan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak.

Khairy Jamaluddin telah mencuba untuk memburukkan Anwar dengan menyatakan Paul Wolfowitz adalah kenalan Anwar. Namun, Anwar menjawab, beliau mengenali Paul sewaktu beliau aktif memberi penceramah jemputan di Johns Hopskin University. Tidak lebih dari itu.

Namun, UMNO memberi wang serta maklumat dalaman Malaysia kepada APCO yang dipunyai oleh seorang Yahudi serta pernah menjadi konsultan kepada ahli-ahli politik Israel. Malahan, Dr Mahathir sendiri pernah memberi USD1 juta (kalau tak silap saya) kepada pelobi berbangsa Yahudi bernama Jack Abramoff semata-mata kerana mahu berjumpa dengan Presiden Bush.

Itu kita tidak cerita bagaimana Najib berbangga menjadi “rakan Amerika” di dalam menyokong agenda anti Islam Bush yang dikenali sebagai “Peperangan Terhadap Keganasan”. Sila klik di “Amerika Mempunyai Aksees Yang Terbaik Terhadap Maklumat Perisikan Malaysia”.

UMNO juga pernah menyokong Bush 100% sewaktu Bush bertanding lawan Al Gore dulu. Hakikatnya, UMNO adalah hipokrit dan munafik. Mereka tuduh orang.

Jelasnya, UMNO memang parti penipu. Sapa yang percaya kepada UMNO alamat mereka itu ada masaalah dengan mental mereka. Orang UMNO sendiri tidak mempercayai sesama mereka. Inikan pula orang luar macam kita.

Sekian

Tulang Besi
Anwar spars with KJ over 1Israel, tycoon's daughter
S Pathmawathy
Mar 17, 10
10:22pm


Opposition Leader Anwar Ibrahim today went on the attack in Parliament by claiming that Apco Worldwide, a consultancy agency hired by the Malaysian government, was the brain behind the 'One Israel' slogan.

During lengthy three-hour speech on the royal address, Anwar said Apco had in 1999 advised former Israeli prime minister Ehud Barak to adopt the 'One Israel' slogan.

Furthermore, the company which the Malaysian government had engaged to boost its image is led by an Israeli leader who is a former ambassador to the US.

“Is this not an issue to Umno? In 2009, Apco advised Najib on 1Malaysia. The rest is up to your own interpretation,” he said.

He also dug out the issue involving disgraced lobbyist Jack Abramoff, who was engaged by the then Dr Mahathir Mohamad to seek a meeting between the Malaysian premier and US president George W Bush in 2002.

Rembau MP Khairy Jamaluddin immediately jumped to his feet to demand that Anwar produce evidence that Apco was behind the 'One Israel' campaign.

Counter attacking, the Umno Youth chief also quizzed Anwar's relationship with Paul Wolfowitz who is known as “the godfather to the neo-conservative movement in the US”.

“You are a complicit as well,” Khairy told Anwar.

The war of words between the two escalated, causing a ruckus among members of the ruling BN and opposition Pakatan Rakyat in the House.

Anwar shot back that he had no problems conceding that Wolfowitz was an acquaintance, whom he met during his lecturing tenure at John Hopkins University, some years after he was released from prison.

Dancing with tycoon's daughter

Prior to that, Anwar chastised BN for giving “a whole mountain” to the late Lim Goh Tong of the Genting Highlands fame, but complained about Pakatan's allocations for Chinese new villages in Perak.

Khairy again stood up lambasting Anwar for providing examples of Umno and BN painting Pakatan as anti-Malay but failed to acknowledged that one of their own had also made similar accusations.

“A former Pakatan MP was referred to as a chauvinist and a dictator and this did not come from Utusan (Malaysia) or Umno, but it is from an MP who was a top leader in PKR,” said Khairy.

“So you can try to cheat the Dewan with a few facts but the issue is that the PKR people themselves have lost confidence in you,” he said.

Khairy then added: “When you were deputy prime minister, you gave the mountain to the same tauke judi (gambling tycoon)... and not only that - you were also seen dancing with the daughter of the tauke judi while you were the deputy prime minister.”

Anwar was not amused.

“This is the Umno Youth chief... we danced a bit and they make a lot noise, but it's okay for (Muslim) BN leaders to guzzle liquor,” said Anwar, without naming who he was referring to.

Zahrain telah menaikkan isu SEPT 16. Tetapi tahukah anda.....

Maklumat yang saya dapat adalah calon PM, sekiranya Sept 16 kelmarin berjaya, bukan Anwar Ibrahim. Ianya adalah .......MR X.

Pada mulanya Anwar mahu membawa MP2 melompat atas inisiatif sendiri. Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan "Melayu tidak Majoriti", maka Anwar telah mengubah perancangan beliau.

Banyak masa dibuang kerana bantahan dari PAS. Hanya Tok Guru sahaja yang bersama Anwar pada masa itu. Kepimpinan lain lebih suka bersama UMNO.

Maka, atas bantahan PAS yang tidak berasas ini, Anwar telah bertemu Mr. X dan Mr X bersetuju membawa MP2 Melayu di bawah beliau.

Mr X akan menjadi PM selepas Najib diturunkan.

Namun, pada masa itu sudah terlambat. Najib telah menghidu dan Pak LAh awal2 isytihar letak jawatan. MP2 di bawa ke Taiwan dan dikurung di sana.

Kepimpinan Pro UMNO dalam PAS boleh dipersalahkan atas kegagalan Sept 16 dan bukan Anwar.

Kiranya majoriti dalam kerajaan itu bukan Islam sekalipun, kerajaan itu hanya akan survive tidak lebih dari 1 tahun.

Selepas 1 tahun, kalau masih belum dibubar Dewan, PAS boleh menarik sokongan pada Anwar dan hasilnya kerajaan baru itu akan tumbang juga dan membawa kepada pilihanraya.

Begitu dangkal pemimpin2 PAS pro UMNO ini sehingga mereka sanggup mengagalkan Sept 16. Hakikatnya, mereka mahu mempertahankan UMNO serta memastikan kesinambungan UMNO.

Anwar berjiwa besar dan sanggup mengambil kira pendapat PAS. Anwar telah sanggup menggadaikan reputasi beliau semata-mata menghormati PAS.

Pemimpin2 pro UMNO dalam PAS ini umpama barah. Mereka harus dibersihkan seluruhnya.

Kejutan politik bermula

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.'

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut 'panas telinga' dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.

Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.

Anwar kata Zahrain, turut 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.

''Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut," tegasnya.

Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan.

Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.

Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit 'pengecut,' 'penakut' dan 'kalau berani tunggu' ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.

Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.

''Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan," katanya.

Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah.

Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.

Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.

Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.

Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu 'memperhambakan diri' dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.

Perbahasan Zahrain disambung esok.

Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.

Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ''Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya."

Dakwaan lompat: Zahrain dedah nama

KUALA LUMPUR 18 Mac - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) yang menyambung perbahasan hari ini menyenaraikan beberapa nama ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa bersedia menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.

Menurutnya, beliau dibohongi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya jumlah ahli Parlimen BN yang akan melompat itu sudah lebih daripada mencukupi untuk menumbangkan kerajaan Persekutuan.

Antara nama yang disebut ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Enchin Majimbun (Bebas-Sepanggar).

"Ahli Parlimen lain iaitu Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) malah salah seorang daripada Timbalan Speaker juga dikatakan akan melompat menyertai pembangkang," katanya.

Ketika ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertanya: "Siapa (Timbalan Speaker) yang dimaksudkan itu?" Lalu dijawab ringkas oleh Zahrain: "Kita tahu sama tahulah."

Pendedahan Zahrain itu mendapat reaksi daripada anggota pembangkang dan penyokong kerajaan yang mengambil kesempatan untuk bangun mencelah ucapan perbahasan bagi menyokong usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong itu.

Bagaimanapun sesi hari ini lebih tenang dan lancar berbanding semalam hingga menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'panas punggung' dan bertindak keluar dewan.

Sepanjang hampir sejam Zahrain berucap itu, lebih 20 kali ahli-ahli Parlimen bangun mencelah, tidak termasuk mereka yang hanya menyampuk tanpa meminta kebenaran untuk berbuat demikian.

N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) antara yang paling banyak mengganggu ucapan Zahrain termasuk mengeluarkan beberapa perkataan yang 'tidak sedap' didengar seperti merujuk ahli Parlimen Bebas itu sebagai 'kamu' dan bukannya disebut Yang Berhormat atau Ahli Parlimen Bayan Baru.

Tindakannya itu telah beberapa kali ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Zahrain yang tetap tenang walaupun diserang bertubi-tubi telah menyatakan perasaan kecewanya terhadap Gobalakrishnan kerana hanya berdegar-degar dalam dewan tetapi sebaliknya apabila berada di luar.

"Dalam dewan berdegar-degar tetapi kat luar masa minum dengan saya rapat macam nak cium," katanya.

Gobalakrishnan yang terasa dengan sindiran itu berkata: "Saya (selepas) ini tidak akan bersalaman dengan pengkhianat ini," katanya.

Pada ketika ini, Wan Junaidi sekali lagi menegur Gobalakrishnan supaya tidak menggunakan perkataan 'pengkhianat' di Dewan Rakyat.

Situasi yang sedikit reda itu dipanaskan semula apabila Tian Chua (PKR-Batu) membangkitkan isu surat Zahrain yang dikatakan meminta sokongan kerajaan Pulau Pinang bagi dianugerahkan pangkat Datuk Seri, sesuatu yang berlawanan dengan pendirian yang disepakati pemimpin pembangkang sebelum ini.

Zahrain mempertikaikan surat itu sambil menyindir Tian Chua yang mabuk hingga melanggar mati seorang anggota tentera di Johor, baru-baru ini.

Tian Chua yang berang dengan dakwaan itu, meminta Zahrain menarik balik tetapi tidak dipersetujui oleh Wan Junaidi yang mendakwa tidak mendengar dengan jelas kata-kata tersebut.

Gobalakrishnan bangun dan mengulangi semula apa yang diucapkan oleh Zahrain itu dengan mengatakan kereta itu dipandu oleh pemandu dan bukannya Tian Chua.

"Saya tidak dengar, tetapi saya akan rujuk hansard nanti," kata Wan Junaidi.

ZAHRAIN PEMBOHONG BESAR!

“Senjata makan tuan,” “Duduk kandang kambing mengembek,” “Duduk kandang Singa mampos kena baham,” Bila duduk kandang BEBAS inilah jadinya…terus jadi BANGGANG!

Bung Mokhtar Radin

Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian.

Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan, kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini.

Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang. “Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti,” katanya.

Dr Chua Soon Bui

Beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat. Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya.

Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi.

Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain, katanya.

Ghapur Salleh

Beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.

Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas, katanya.

Tengku Razaleigh Hamzah

“Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar.

Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.

Sapo Orang Nogori Sembilan... Sodarlah Korang.. (Eden Tory cakap Bahaso Nogori Sembilan)

1. Apa skandal Isa dengan Bibi Sharliza?

Inilah wanita yang cuba di ‘beli’ oleh Isa Samad dari suaminya supaya dia (Isa) dapat membawa wanita ini dan empat orang anaknya ke istana yang dibina oleh Dr. Gan di Nilai. Dan sekarang, Dr. Gan merupakan salah seorang daripada tiga tauke yang membiayaai perbelnjaan kempen Isa Samad.
Isa bukan saja seorang yang telah di dapati bersalah terhadap rasuah, malah beliau cuba pula menjahanmkan rumah tangga Setiausaha Puteri Umno ini. Najib bercakap tentang Umno sebagai sebah Parti islam - apakah ini yang dikatakan Parti Islam? Rasuah digalakkan, dan sekarang, Najib memilih Isa Samad sebagai Calon Umno Bagan Pinang, yang dikenali sebagai perosak rumahtangga orang lain!!
Cukup lah…

2. Rumah Isa di Nilai siapa bikin? Dr Gan

Semua hutan balak dan hutan dara diNegeri, sesiapa mahu, tak perlu pergi keJabatan Hutan. Pergi jumpa Chuah Era Baru Sdn, Bhd , tauke balak dari Gemas.

Chuah dan Dr Gan bersama Isa Samad manyamun harta2 iaitu tanah dan hutan simpanan diNegeri Sembilan. Orang macam inikah yang hendak dipilih sebagai pemimpin? Perompak macam Isa ni yang merompak N.Sembilan bersama Chuah dan Dr Gan disokong dan di sanjong dan dipuja.

3. Isa lebih pentingkan kroni dari rakyat

Tan Sri Rashdan Baba adalah pengerusi Telekom dan anak jati Chembong, Rembau. Dia mahu Universiti Telekom dibina di kawasan perindustrian Chembong. Isa tak bagi dan berkeras mahu kan universiti itu dibina diNilai dimana banyak kepentingan hartanah dia bersama Dr Gan. Akhirnya, Universiti Telekom dipindahkan ke Bukit Bruang Melaka. Semua Negeri ada Universiti, NS habuk pun tak ada sebab Isa Samad.

4. Isa lebih pentingkan kroni dari membantu rakyat Negeri Sembilan.

Honda hendak bina manufacturing plantnya diChembong sebab dekat dengan Highway S’ban-KL. Isa mahu kilang tersebut dibina diNilai juga. Akhirnya, Honda cabut dan binakilang tersebut diAlor Gajah, Melaka.

Inilah antara dosa Isa Samad, kaki rasuah yang lebih mementingkan duit rasuahnya dengan Dr Gan dari kepentingan rakyat NS.

5. Mengapa Isa Samad diPilih sebagai Calon Bagan Pinang?

Mantan PM Tun Mahathir begitu lantang menolak Isa Samad menjadi calon Bagan Pinang. Beliau berulang kali menegaskan Isa tidak layak menjadi calon kerana pernah terlibat dengan politik wang. Beliau tidak mahu apa yang terjadi di Permatang Pasir berlaku pula di Bagan Pinang.

Tetapi Najib akhirnya memilih juga Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang. Beliau tidak menghiraukan saranan Tun Mahathir.

Mengapa Najib terpaksa memilih Isa Samad? Sebenarnya Isa Samadlah yang menjadi penyelamat ketika Najib ditangkap khalwat bersama Ziana Zain di Port Dickson. Itulah jasa terbesar Isa Samad kepada Najib.

Sebab itu walaupun Najib tahu Isa Samad bukanlah calon terbaik namun beliau tidak ada pilihan. Beliau takut Isa Samad akan mendedahkan skandal tersebut.

Isa Samad lah yang mengarah agar Mahkamah Syariah Seremban ‘off record’ skandal tersebut. (http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2009/10/mengapa-najib-terpaksa-pilih-isa-samad.html)

(DIPETIK DARI : bagindareformasi.blogspot)

20 Oktober, 2009

KENAPA PAKATAN RAKYAT KALAH DI PERAK?

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!