rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

03 Mac, 2012

HASAN ALI SYOK SENDIRI




Hasan Ali macam syok sendiri je sekarang. Hari-hari dia buat ceramah seluruh negara. Hari-hari juga TV3, RTM dan Utusan bagi liputan berita pada dia. Korang ingat masa diadalam PAS dulu, dia ada buat ceramah tiap-tiap malam macam ni? Tak masyukkk beb! Itu masa ada jawatan exco.Sekarang jawatan pun tak ada. Ligat macam lipas kudung. Sebab tu teguran Khalid Samad dan Mahfuz Omar tentang siapa yang taja ceramah Hasan Ali tiap-tiap malam ni ada logiknya. Tapi yang paling kelakar...Hasan siap memperkenalkan diri sebagai Presiden JATI. Haha...bila pendaftaran diluluskan? Bila dia buat Mesyuarat Agong? Selalunya kalau NGO tak berdaftar ini, layak menggunakan perkataan sementara iaitu Pengerusi atau Pengerusi Penaja atau Pengerusi Penyelaras. Cuba korang baca kenyataan rasmi Hasan Ali tentang Israel. Siap tulis Presiden JATI. Kahkahkah...betul-betuil syok sendiri. Apa pun kita nak dengar apa komen Hasan Jati ni tentang cabaran supaya bertanding atas tiket BN. Ada bran...?








Cabar Hasan bertanding atas tiket BN
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Mac 2012


KUALA TERENGGANU – Pimpinan Pas, Datuk Abu Bakar Chik mencabar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menjadi calon Umno dan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi membuktikan kebenaran dakwaan beliau bahawa Pas akan kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). 
Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, pihaknya menyedari bahawa Hasan ketika ini bergerak sebagai suara Umno dalam melemahkan keyakinan masyarakat kepada parti.

Beliau juga meminta Umno tidak lokek memberikan kerusi kepada Hasan dalam pilihan raya akan datang bagi membuktikan kebenaran ramalan Hasan itu.

“Kita cabar dia bertanding atas tiket Umno kerana hanya Umno yang layak berlawan dengan Pas, sedangkan Jati yang ditubuhkannya itu adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengelirukan (dari sudut perjuangan),” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu yang meramalkan Pas akan kalah teruk pada PRU13 kerana sudah terpesong daripada matlamat perjuangan sebenar dan menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Abu Bakar meminta masyarakat tidak menjadikan Hasan sebagai rujukan Pas kerana beliau bukan lagi ahli Pas selepas dipecat secara rasmi baru-baru ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Hasan keluar Pas bukan kerana parti itu menyeleweng daripada perjuangan sebenar, sebaliknya Hasan ditolak parti kerana perjuangannya sudah berubah.

Sehubungan itu, katanya, tidak perlu dipertikai sekiranya apa yang diperkata Hasan tidak sama dengan parti yang pernah diwakilinya sebelum ini.

“Pas tetap dengan perjuangan menegakkan Islam dan negara yang adil. Tidak timbul keluar daripada perjuangan asal,” katanya.

Abu Bakar mendakwa, apa yang diperkata Hasan lebih kurang sama dengan kenyataan pimpinan Umno sebelum ini.

Beliau berkata, jika benar Pas menyeleweng, sudah tentu parti itu tidak mendapat sokongan masyarakat setempat tetapi sebaliknya kini, kedudukan Pas semakin baik dari masa ke masa.

.

2 ulasan:

  1. Si Hassan Ini spesies bangang sama seperti Brahim Ali, Zulkifli Nordin, Osman jailu(kaki Puki), Zahrain dan lain2 yang sama taraf dengan pandit kutty.
    Dila ligat sekarang pasal sekali ceramah untuk UMPORNO dapat RM 20,000.00. Kaya...kaya...kaya....

    BalasPadam
  2. Aku ni konfius, selalunya hanya BN yang boleh adakan program ceramah di padang sekolah kerajaan. Macam mana si Hassang yang dikatakan tidak ditaja oleh UMNO boleh buat program tigershownya (garang sangat pada PAS macam harimau) di padang SMK Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Konfius-konfius aku. Takkan dia bagi motivasi pada budak-budak sekolah kot.

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!