rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

31 Julai, 2012

ANWAR DITUDUH BAYAR LAJIM UKIN

Bila baca berita yang disiarkan ini, terasa nak ketawa kuat-kuat. Betapa bodohnya Fuad Zarkashi yang nak samakan otak penyamun dia orang dengan pimpinan Pakatan Rakyat. Paling kelakar katanya Anwar Ibrahim mungkin tawarkan sejumlah wang yang besar pada Lajim Ukin. Hahaha...bahlol betul statement macam ni.
Lajim Ukin waktu letak jawatan bukanlah ahli Parlimen semata-mata, malah sebagai  Timbalan Menteri Kabinet pusat. Dah tentu banyak projek dalam tangan.
Tapi kebodohan Fuad ini makin terserlah apabila dia mengatakan 'lompat'nya Lajim tiada siapa ikut keluar beramai-ramai. Haha..ini pun satu lagi 'statement' yang nak disamakan dengan katak lompat  PR yang masuk BN. Kalau katak lompat RM, itu memang betul. Lihat saja Zahrin Hashim, Wee Coo Keong, dan lain-lain yang lompat tanpa ada pengikut turut melompat.
Aduhai...kalau dalam hati tu sentiasa berkarat, orang buat baik pun kita  kata dia buat jahat. Umno oh Umno!!


'Lajim ikut nasihat Anwar'
WAN NASRAH ABDUL RAHIM
31 Julai 2012
Dr Mohd Puad Zarkashi
Dr Mohd Puad Zarkashi
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam keputusan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Sabtu lalu.

Beliau berkata, Lajim mengambil keputusan itu kerana mengikut nasihat Anwar yang didakwa berkemungkinan menawarkan wang kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.

“Tidak mustahil pendekatan kewangan telah digunakan oleh Anwar yang menasihati Lajim untuk meletakkan jawatannya setelah melihat kata duanya tidak didengari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tahu yang Anwar sekarang juga digelar ‘3 billion Man’ seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Maka, berkemungkinan dia menggunakan sumber kewangan itu untuk memujuk Lajim meninggalkan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, sebelum ini Lajim yang mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) sejurus selepas peletakan jawatannya dikatakan cuba bermain 'tarik tali' dan melambatkan tindakannya melepaskan jawatan ahli Umno.

Menurutnya, Lajim sengaja melambatkan tindakan dan membuat urusan tawar-menawar kepada parti. Malah, apabila pendekatan yang digunakan tidak berkesan, dia mula merancang melepaskan kedua-dua jawatan itu.

“Tindakan itu tidak memberi implikasi buruk kepada Barisan Nasional (BN), kerana tiada impak ahli kita yang keluar beramai-ramai mengikut jejak langkahnya. Kita sedikit pun tidak hairan kepadanya,” katanya.

Katanya, tindakan Lajim itu tidak beri kesan kepada penentuan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dibuat Perdana Menteri.

3 ulasan:

  1. Orang kalau otak dah korup mana boleh terima kenyataan walaupun kita dipihak yang benar, bodohnya maknusia kerana tidak guna akal, aku yang bodoh ni pun boleh berfikir, kalau PR banyak apa gunanya membeli ahli politik bahkan ahli sediri terpaksa membayar yuran ahli,tidak seperti UMNO ahlinya ada yang tidak ketahui yuran mereka siapa yang menjelaskan, lepas itu mengaku ahli UMNO, tidak hairanlah UMNO boleh menjejakan ahlinya berjuta-juta, ahliUMNO sebenarnya hanya konco-konco yang disekiling ketua bahagian sajaini pernah terjadi pada diri aku bila hendak ada mesyuarat cawangan,aku dijemput hadir kononnya aku ini ahli UMNO seumur hidup wal haldaftar pun entah bila sementelahlah pula yuran ahli entah bila aku bayar pun aku tak tahu wallah hu a'hlam

    BalasPadam
  2. ini ijazah beli ke..??

    BalasPadam
  3. sorry to say. tp pada aku bn esp umno silap bila claim sabah fix deposit. aloo, ingat sabah ni apa?fix deposit?ingat org sabah yg generasi baru skrg bodoh ka?kalo dl2 org2 tua bolehla dikasi bodoh2 oleh umno tp bukan generasi sekarangla. najib xtau ka konsep 'fix deposit' yang diberikan pada sabah and sarawak sbnrnya konsep yang sangat bahaya?kalo ya pun, gunala konsep lain ayat lain ka instead of fix deposit cuz kalo dari segi istilah perbankan mungkin fix deposit membawa maksud yang positif tp tidak dlm politik. personally, aku rasa term 'fix deposit' ke atas sabah and sarawak sbnrya lbh kepada satu penghinaan terhadap org sbh sarawak. why? because it shows that mcm org sbh sarawak ni bodoh mcm lembu yang senang di 'tawan' or 'disimpan'. aku org sabah sendiri ingat suka dengar term fix deposit pada sabah?kepada najib, carila terma lain yang lbh appealing bukan guna sebarangan term mcm fix deposit.

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!