KUALA LUMPUR, 13 Nov — Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah menamatkan biasiswa pelajar yang mengendalikan blog seks, Alvin Tan, menurut laporan Straits Times di republik tersebut hari ini.
Namun demikian, pelajar tersebut tidak dibuang daripada NUS.
Selain itu, dia juga perlu membayar penuh yuran pengajiannya tanpa mendapat subsidi sebagai pelajar luar negara jika mahu melengkapkan pengajian tahun akhirnya di pusat pengajian undang-undang universiti tersebut.
Laporan akhbar itu juga berkata hukuman yang dijatuhkan ke atas pelajar tahun dua tersebut menjadi tumpuan utama orang awam selepas NUS mengumumkan minggu lepas bahawa maklumat mengenai hukuman tidak akan didedahkan memandangkan prosiding disiplin adalah sesuatu yang sulit.
Semalam Menteri Pendidikan Singapura Heng Swee Keat menyelar pelajar terbabit yang mendapat biasiswa dari republik tersebut dengan menyifatkan kelakuannya “patut dikeji dan bukan menggambarkan seorang graduan”.
Kenyataan keluar selepas soalan tersebut diajukan oleh ahli parlimen (MP) Singapura yang mahu mengetahui mengenai hukuman yang dikenakan oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) ke atas Tan.
Tan, 24 tahun merupakan pelajar dalam jurusan undang-undang di NUS telah menjadi perhatian ekoran kontroversi melibatkan dia dan teman wanitanya yang meletak gambar dan video seks mereka di dalam blog tersebut.
Dia telah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman bulan lepas.
Kedua-dua pihak telah bertindak berdiam diri di atas hukuman terhad Tan, malahan pihak universiti berkata perkara tersebut melibatkan prosiding disiplin yang dianggap sebagai sulit.
Warga Singapura bagaimanapun berpendapat sebaliknya, dengan sembilan daripada 10 pelajar universiti yang ditemubual oleh akhbar The Straits Times berkata NUS harus mendedahkan bentuk hukuman yang dikenakan.
Bercakap di Parlimen semalam, Heng berkata demikian ketika menjawab soalan daripada empat MP yang berdiri untuk bertanya sama ada Kementerian Pendidikan Singapura akan meminta pusat pengajian tersebut mendedahkan hukuman yang diputuskan tersebut kepada awam, lapor akhbar.
MP tersebut Lim Biow Chuan, Intan Azura Mokhtar, Yee Jenn Jong dan Pritam Singh menggesa keputusan hukuman itu perlu diberitahu atas nama ketelusan.
Menteri tersebut dilaporkan dalam akhbar telah berhenti daripada menerangkan bentuk hukuman atau biasiswa pelajar terbabit telah ditamatkan.
Bagaimanapun, beliau yakin pihak NUS akan mengambil serius perkara itu dan melakukan perkara betul.
Tan sebelum ini telah memohon maaf kepada NUS kerana memalukan institusi tersebut.
Bagaimanapun Tan juga mengatakan beliau melakukan jenayah yang tidak mengganggu orang lain.
Bercakap kepada wartawan selepas inkuiri disiplin NUS, Tan berkata, “saya memohon maaf kerana memalukan NUS.”
Tetapi pelajar berusia 24 tahun itu berkata inkuiri tersebut dilakukan atas kegiatan peribadinya, dan bukannya sebagai pelajar NUS.
“Apa yang saya lakukan ialah kesalahan yang tidak mengganggu orang lain.
“Tidak ada siapa yang tercedera atau dalam bahaya,” katanya lagi.
Pelajar NUS itu juga berkata, gambar erotik dan video dirinya bersama teman wanita adalah “menyeronokkan”, menurut Yahoo! Singapura.
Tan dan teman wanitanya Lee (gambar) mengatakan mereka gemar memuat naik kegiatan seks mereka di blog mereka, “Sumptuous Erotica” untuk “dinikmati orang ramai”.
Blog itu bagaimanapun telah disekat.
Tan turut berharap biasiswanya tidak ditarik balik.
Tan dipetik akhbar berkenaan sebagai pelajar di Singapura atas Biasiswa Asean pada 2004 dan belajar di Sekolah Menengah Xinmin dan Kolej Junior Raffles sebelum menyambung pengajian di NUS.
Dia yang berasal dari Kuala Lumpur menjalankan perniagaan online.
Ibunya membantunya menjalankan perniagaan keluarga, sementara bapanya bekerja dalam bidang pemasaran.
Menurutnya lagi sejak berita itu tersiar, ibunya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan niaganya.
Semalam, dia mengambil bas ke Singapura daripada rumah Lee di Johor Bahru untuk beberapa sesi bersama media di Singapura.
Lee yang seharusnya menemaninya bagaimanapun menarik diri kerana keluarganya yang sedih dengan publisiti enggan memberikan pasportnya.
The Straits Times Singapura berkata Tan memberikan sesi temu ramah yang baik dan meletakkan rating dirinya di tangga 11 berbanding 1 hingga 10.
“Jika ada yang menarik tentang diri saya, ia adalah tubuh badan saya.”
Polis Jenayah Komersil Datuk Syed Ismail Syed Azizan sebelum ini berkata bahawa pihak berkuasa mempertimbangkan mengambil tindakan terhadap kedua-duanya pasangan tersebut kerana melanggar undang-undang menyebarkan bahan-bahan lucah.
Beliau mengatakan perkara tersebut akan dirujuk kepada SKMM terlebih dahulu.
Di bawah seksyen 292, Kanun Keseksaan, pasangan itu boleh didakwa di bawah undang-undang tersebut adalah penjara selama tiga tahun atau denda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan