rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

02 Disember, 2012

NAJIB MENJERIT DAN BEREMOSI


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO PENUH JERITAN DAN EMOSI

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru sahaja selesai.Penulis merupakan salah seorang pemerhati politik yang tidak pernah 'miss' mengikuti perjalanan PAU setiap tahun.

Apa yang dapat dirumuskan, PAU kali ini lebih dipenuhi dengan ucapan yang terjerit-jerit, penuh emosi, ampu-mengampu dan sebagainya lagi.

Ucapan Presiden UMNO sendiri sewaktu merasmikan pembukaan persidangan rabu lalu terjerit-jerit kononnya penuh semangat. Malah ucapan penggulungan semalam (sabtu) pun lagi menjerit-jerit. Lebih malang lagi jeritan melampau dibuat melampaui waktu maghrib yang sedang berkumandang azan.

Berbeza dengan Timbalan presiden Tan Sri Miuhyiddin Yassin yang agak bersahaja dan kurang emosi.

Gaya dan tonasi suara Najib seolah-olah menggambarkan beliau  seorang pemimpin yang sangat bimbang akan kehilangan kuasa. Malah struktur ucapan Najib yang banyak meninggi suara menggambarkan bahawa beliau seorang pemimpin yang gelabah dan kelam-kabut. Apa yang nak dikejarnya? Apa yang nak dirisaunya? Sedangkan apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut beliau, tersiar secara langsung di kebanyakkan siaran Televisyen dan radio.
Hasil dari nada ucapan terjerit ini, tidak hairanlah ucapan beberapa Naib Presiden UMNO seperti Shafie Afdhal, Hishamuddin dan Zahid Hamidi pun turut berucapan penuh jeritan dan beremosi.

Lebih mengecewakan lagi, kebanyakkan ucapan yang disampaikan dari peringkat bawahan hinggalah keperingkatan ucapan Presiden, isi ucapan tak lebih dari mengulangi semula semua isu yang telah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Mendengar mereka berucap, seakan-akan mendengar benda yang serupa. Ahli-ahli UMNO seolah-olah diperbodohkan dengan ucapan 'recycle' seperti ini.

Najib sebagai contoh, menceritakan keburukan dan kononnya kelemahan setiap negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sebagai gagal dengan mengaitkan Kedah gagal menunjukkan pentadbiran yang bai, Selangor gagal bantu ibu tunggal, Pulau Pinang gagal bantu orang Melayu dan Kelantan gagal tangani isu air.

Mengapa isu-isu selemah ini boleh menjadi modal Najib untuk berucap? Tidakkah Najib mengetahui akan perebutan kuasa yang masih berlaku secara senyap-senyap di Perlis dan Terengganu? Selamatkah Ahmad Said yang masih didendami Idris Jusoh? 

Bagaimana pula dengan Nasib ibu tunggal di negeri lain? Terbela kah?

Bagaimana pula dengan kualiti air di negeri Pahang yang masih kotor dan paling memalukan krisis air di tanah-tanah rancangan Felda masih berterusan hingga kini. Paling malang, ianya berlaku di negeri kelahiran Najib.

Melayu Pulau Pinang tidak terbela? Melayu manakah tidak terbela wahai Najib? Dulu Tsu Koon perintah Pulau Pinang, semua Melayu terbela kah? Berapa peruntukkan BN ketika itu untuk membantu agama Islam? Cuma RM12 juta setahun sedangkan melalui DAP kini diberi RM64 juta setahun. Siapakah yang lebih baik?

Kebanyakkan ucapan Najib banyak yang memakan dirinya sendiri. Beliau telah mengkritik Buku Jingga Pakatan Rakyat yang memasukkan fasa menghapuskan ISA bila perintah Malaysia nanti. Kata Najib, kerajaan barisan Nasional terlebih dahulu mansuhkan ISA sekarang. Ternyata ahli UMNO dibodohkan sekali lagi. Elok rasanya dibuat sessi lawatan ahli UMNO ke Kem Tahanan Kemunting untuk melihat sendiri betapa Presiden mereka bukan sahaja tidak tepati janji malah pembohong besar!!! -PEJUANG RAKYAT.

3 ulasan:

  1. yang tenguk cuma orang dalam bangunan tu aje.kami rakyat diluar ni tahu kamu penyanyak,penipu, pembunuh altaunya,pengkhianat kpada agama dan juga bangsa.yang sedih orang gila aje.orang ada otak tahu keadaan sebenar

    BalasPadam
  2. hairan ya kenapa sibuk pasal umno tak usah peduli. Dah tak laku.kita tenguk lantikan SPRM selama 6tahun.Pelik dimalaysia pun takut pada najib,taib mahmud,nadzri aziz ni pulak nak berkhidmat internasional. hheeeeee.yang melantik mestilah orang yang pertahankan barua barua ni.ini mesti Najib altantuya yang main peranan sebab kes dia nak jalan difrance.Ini seenang baca bro.Cari jalan lain

    BalasPadam
  3. nak muntah tgk diaorang syok sendiri dlm dewan tu serupa pelakon sinetron nages nanges...padahal yg mengundi kami kami yg bukan dlm dewan tu makcik/pakcik oii...

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!