rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

09 November, 2011

PEMIMPIN PAKATAN GILA PUBLISITI (GIPAB)





Satu kelemahan pimpinan Pakatan Rakyat ialah bila semua pemimpin nak bersuara dan semua nak tunjuk belang masing-masing. Bila jadi macam ni, huru-hara la jadinya. Maka keadaan ini pasti ditunggu-tunggu oleh pihak musuh untuk dijadikan isu keseluruhan.

Begitulah juga dengan kes terbaru berkaitan pengurangan kakitangan awam yang ditimbulkan secara peribadi oleh Setiausaha penerangan DAP, Tony pua. Tak pasal-pasal jadi isu besar. Utusan yang sememangnya cukup kuat perkauman mengambil peluang besar ini dengan mengapi-apikan orang Melayu yang kebanyakkannya berada di dalam sektor awam ini.

Kalau kita betul-betul amati, Pakatan bakal hilang sokongan dari kakitangan kerajaan. Sudah tentu kakitangan awam kecut perut mendengar perkhabaran bodoh ini. Mereka tentu bimbang menjadi salah seorang kakitangan yang akan dikurangkan itu. Mahu tidak mahu, undi mereka kali ini berpaksi pada BN semula. Inilah satu-satunya kelemahan Pakatan Rakyat yang tak boleh nak kontrol parti-parti gabungan yang seolah-olah gipab. Gipab ni singkatan Gila publisiti. Kalau Pak Bakaq blogger Penarek Beca sebut Carpab , penulis pula nak sebut gipab. Rata-rata pimpinan Pakatan sibuk nak popularkan diri sedangkan kadangkala tindakan mereka ini menyakitkan hati.

Hati-hati la kawan. Belum dapat kuasa lagi dah macam-macam benda ubah. Jangan sampai pengundi baut keputusan yang sebaliknya dah la. Nanti gigit jari kita....

Isu sektor awam: Jangan sengaja jadikan isu kaum, DAP nasihati Umno



KUALA LUMPUR, 8 Nov ― Tony Pua menyelar pihak-pihak yang mengecam cadangan parti itu mahu memperkemaskan perkhidmatan awam menerusi pendekatan mengurangkan saiz tenaga kerja dengan sengaja menjadikannya isu perkauman kerana ia bukan satu idea janggal, malah pernah disentuh oleh pentadbrian Dr Mahathir dan terbaru bulan lalu oleh Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Publisiti DAP itu menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno, akhbarnya Utusan Malaysia dan Perkasa sebagai hipokrit kerana menyifatkan rancangan itu - mengurangkan tenaga kerja secara berperingkat-peringkat sebagai dasar menghakis penguasaan orang Melayu, memandangkan perdana menteri sendiri telah menggerakkan pelan itu bulan lalu.

“Ya, ia selari dengan apa yang pernah disentuh oleh Najib dan Tun Dr Mahathir Mahomad,” kata Pua (gambar).

Dalam ucapan Bajet 2012, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan sistem saraan fleksibel bagi kakitangan awam berdasarkan prestasi di mana mereka yang gagal mempamerkan prestasi diberi peluang untuk meninggalkan sektor awam.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memperkenalkan dasar penswastaan untuk mengurangkan tenaga kerja sektor awam daripada 1.2 juta kepada sekitar 800,000 pada awal dekad 1990-an.

Ekoran pengumuman Najib bulan lalu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan juga menegaskan bahawa dasar baru itu akan dilaksanakan dengan tegas.

“Ini sikap kepura-puraan paling tinggi diamalkan oleh Umno,” kata Pua di bangunan Parlimen hari ini.

Pua berkata langkah pemotongan perbelanjaan operasi adalah sangat penting memandangkan ia telah meningkat secara ketara daripada RM64.1 bilion tahun depan berbanding RM30.2 bilion tahun lalu.

“Komponen perbelanjaan yang terbesar dan mengalami peningkatan dengan cepat ialah peruntukan bagi emolumen, pencen dan gratuiti,” kata beliau.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam turut menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya mereka menguasai Putrajaya.

“Pakatan tidak memahami dasar dan konsep yang kerajaan sudah amalkan sejak sekian lama, memang jumlah kakitangan awam pernah lebih daripada jumlah yang sepatutnya, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan sudah memastikan jumlah mereka mencukupi supaya mereka boleh jalankan tanggungjawab dengan efisien,” katanya lagi.

Tambah beliau, pembangkang seharusnya sedar konsep yang dilakukan kerajaan selaras dengan keperluan negara, dan tindakan menamatkan pekerja yang sudah ada dalam sistem sewenang-wenangnya akan timbulkan banyak masalah dan perkara negatif.

“Pakatan tidak boleh sesuka hati mengubah perkara itu dengan sewenang-wenangnya, itu akan menyukarkan banyak pihak dan sekiranya itu berlaku, banyak gejala negatif akan berlaku dan pentadbiran negara akan kucar-kacir,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Subramaniam berkata, kerajaan juga sedar penggunaan teknologi dengan optimum dan memastikan jumlah kakitangan awam yang ada di setiap agensi selaras dengan keperluan negara.

Dalam kenyataan dibawa The Malaysian Insider pagi tadi, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan perkhidmatan kerajaan dilindungi sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan berkata, satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan sektor awam dan mengemukakan syor-syor bagi tujuan penambahbaikan.

Sehubungan itu kata beliau, tiada mana-mana pihak termasuk kaum Melayu harus bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa kedudukan perkhidmatan awam akan terganggu gugat.

“Anggota perkhidmatan awam tidak boleh disingkirkan begitu sahaja. Begitu juga dalam soal kenaikan pangkat,” kata pakar perlembagaan itu.

Aziz berkata kemungkinan Pua telah tersilap dalam memberikan pandangannya dan digunakan oleh media pro-Umno seperti untuk menjadikannya sebagai satu isu, tetapi wakil rakyat itu ada mencetuskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

“(Sebenarnya) beliau ada membuat beberapa poin yang baik, tetapi kena ingat bahawa sebahagian besar daripada 1.3 juta kakitangan awam adalah orang Melayu. Kira-kira 150,000 adalah tentera dan 100,000 lagi polis,” kata beliau lagi.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini menambah, dalam mana-mana kes kakitangan awam, mereka dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Utusan adalah mengarut. Anggota awam tidak boleh dibuang begitu sahaja,” kata beliau lagi.

Dalam komennya semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam jika mengambil alih kerajaan pusat tetapi tidak menolak keperluan menggunakan tenaga kerja secara cekap demi pulangan yang optimum.

Justeru kata beliau, jika ada mana-mana pihak yang melahirkan pandangan sedemikian, ia hanya merupakan pandangan peribadi pemimpin terbabit dan bukannya dasar Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!