Pagi-pagi lagi penulis dah teruja nak baca berita muka depan Utusan. Bukan apa, nak tengok juga apa berita fitnah super sensasi yang nak
keluar muka depan tiap hari. Tapi hari ni penulis teruja sangat sebab nak tengok dua berita besar.
Pertama nak tengok gambar besar Haji Najib dan Hajjah Rosmah balik dari Mekah. Kalau sebelum ini, apa saja tindakan Najib di Mekah mendapat liputan muka depan akhbar ini. Pada fikiran penulis, tentu hari ini berita muka depan pastinya gambar laki bini ni tersiar besar-besar muka depan. Alangkah terkejutnya penulis sambil tergelak bila tengok muka depan Utusan hari ni ada gambar Haji Najib dan Hajjah Rosmah di muka depannya....Gambar Hajjah Rosmah yang masih tak berubah.....
Kenapa ya? Bini Haji Najib masa pergi Mekah tempohari, jambul terjojol. Sekarang balik ke Malaysia selepas menunaikan Haji, rambut terjojol lagi. Apa yang mabrurnya ek? Tapi kali ni terjojol rambut ala Siti Nurhaliza...percayalahhhh...!!
Bab Kedua pulak yang penulis nak tengok berita
muka depan Utusan ialah berkenaan Bajet Selangor tahun depan yang mensasarkan gaji Minimum RM1500 untuk kakitangan awam negeri Selangor bermula awal tahun depan. Berita ini pun dipadamkan terus di Utusan. Berita
kat dalam pun lebih dibesarkan tentang Adun Batang kali yang penulis menyampah betul tengok mukanya yang kembang-kembang hidung cuba nak jadi hero tapi tahap bangang kena halau keluar Dewan oleh tuan speaker!!
Macam ni pun nak pilih jadi pemimpin. Takde kualiti la bro....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan