rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

03 November, 2011

UTUSAN CELAKA KECUT PERUT..


Hahaha.. masa korang kutuk Mat sabu kaw kaw tak ingat dunia. Bila dah kantoi mulalah nak cari jalan nak batal saman. Sejak setahun dua ni Utusan banyak kali kalah di mahkamah. Banyak berita yang disiarkan Utusan disifatkan sebagai fitnah. Jadi, dalam kes Mat Sabu, Utusan sekali lagi kecut perut. Mereka tengah cari jalan nak batal saman tersebut. Ini baru atas dunia. Ingat, setiap apa yang kita tulis, akan dipersoal ketika mati kelak. Jawablah kat sana nanti. Tak boleh nak batal-batal lagi...

Permohonan Utusan batal saman Mat Sabu 23 Nov

Mahkamah Tinggi akan mendengar 23 Nov ini permohonan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk John Louis O'Hara.

NONEBeliau menetapkan tarikh itu selepas berjumpa peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad dan Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu semasa kes itu disebut bagi pengurusan kes dalam kamarnya hari ini.

Dalam permohonan yang difailkan 27 Okt lalu, kedua-dua defendan mahu membatalkan saman itu atas alasan ia mengaibkan, remeh dan menyusahkan selain ia suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Pada 14 September lalu, Mohamad, 57, memfailkan saman itu dengan mendakwa kedua-dua defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel fitnah pada 27 Ogos lalu dan dua lagi artikel pada keesokan harinya iaitu pada 28 Ogos.

Timbalan Presiden PAS itu mendakwa penerbitan ketiga-tiga artikel itu adalah berhubung isu Tragedi Bukit Kepong.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamMohamad mendakwa penyiaran artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar daripada ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis yang bekerjasama dengan Goh Peng Tun dan 200 lagi angggota komunis.

Beliau mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta sengsara dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya, serta menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau juga mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong.

pengukir nama johor mat sabu pas pc 060911Mohamad mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan semua artikel tersebut bertujuan untuk mensensasikan berita, melariskan penjualan akhbar bagi mendapatkan faedah kewangan dan bagi mendatangkan keuntungan politik kepada parti politik Umno.

Beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan melampau yang tidak ditetapkan jumlahnya serta satu perintah mahkamah agar kesemua defendan memohon maaf serta menarik balik artikel fitnah itu.

- Bernama

1 ulasan:

  1. rasanya, tinggal seluar dalam akhbar celaka ni sebab asyik kena bayar saman.

    tak habis-habis nak kencing orang.

    saman sampai terkucil


    Jongang Bangang

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!