rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

25 November, 2011

UTUSAN PECAH TEMBELANG NAJIB


Haha..hari ini Utusan dah buka tembelang sebenar Najib dan Kerajaan! Berita Anwar yang berlaku 30 julai lalu baru disiarkan. Kes ini serupa macam kes Mat Sabu. Ucapan Mat Sabu yang dibuat sekian lama, kemudian baru disiarkan oleh Utusan. Begitu lah juga dengan apa yang dibuat hari ini. Ucapan Anwar yang berbulan-bulan lalu, baru hari ini nak disiarkan. Nampak sangat Utusan dah habis modal nak burukkan Anwar Ibrahim. Tapi kalau anda amati, sebenarnya Utusan dah buka keburukan UMNO yang selama ini tak mungkin masuk dalam akhbar arus perdana terutama mengenai sistem kehakiman yang berat sebelah dan soal komisen pemimpin tertinggi UMNO. Nampaknya Utusan pun dah pandai baling batu sembunyi tangan. Pada dasarnya nampak seolah-olah Utusan memburukkan Anwar Ibrahim tetapi dalam masa yang sama, Utusan sebenarnya memalukan Najib PM 1Malaysia. Apakah ini konspirasi dari Muhyiddin Yassin? Sebelum ini Utusan turut dedah tentang cincin Rosmah yang bernilai RM24 juta itu. Daripada orang kampung tak tahu, kini semua dah tahu. Nampak gayanya Utusan dan buka pekung didada. Terang-terang kehabisan modal.


Anwar terus burukkan Malaysia

ANWAR Ibrahim menyampaikan ceramah dalam satu forum di hadapan sekumpulan pelajar Indonesia di republik itu pada 30 Julai lalu.

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan.

Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif.

‘‘Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan.

‘‘Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),’’ katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu.

Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

‘‘Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

‘‘Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,’’ katanya.

Dalam pada itu beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Malaysia menahan enam orang termasuk seorang Ahli Parlimen kerana disyaki menjadi pendukung fahaman komunis.

Soal beliau, adakah wajar mereka yang dikatakan pendukung itu dipenjarakan seperti mana kesalahan memukul orang.

1 ulasan:

  1. lidah2 sysitan... tak pasal2 berjuta2 orang2 melayu yg mengaku Islam dan yg dah pergi umrah beratus2 kali, haji berpuluh2 kali mengumpul dosa dalam rumah sendiri hari2... dgn menonton berita kera-jaan laknat yg menabur fitnah, hari2 beli suratkhabar kera-jaan laknat utk baca fitnah... sembahyang tonggang-tonggek tapi tak dapat hidayah dan petunjuk... masih dok sedekah duit hari2 kepada amno laknat dgn membeli suratkhabar mereka... boddo punya melayu

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!