rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

04 April, 2012

3 TAHUN PM: SIFAT BURUK NAJIB YANG KETARA

Najib Tun Razak masuk bakul angkat sendiri. Kenyataan terbarunya bahawa sepanjang 3 tahun membuatkan rakyat mula percaya pada kepimpinannya...haha...korang percaya ke?
Bagi penulis, sepanjang 3 tahun pemerintahan Najib amat ketara beberapa perkara dan perangai Najib:

1. Guna duit untuk capai sesuatu cara mudah. Zaman Najib mana ada wakil rakyat BN berani keluar parti. Beberapa kes sebelum ini seperti Adun Bota  dan Adun Perlis tak jadi keluar dan masuk semula  parti. Najib akan lakukan apa saja bagi menghalang wakil rakyatnya keluar parti. Pengaruh wang sangat ketara.

2. Najib juga  gemar membeli Wakil Rakyat pembangkang. Lihatlah sendiri sepanjang beliau menjadi PM. Najib seolah-olah bangga melihat seorang demi seorang pengikut Anwar berpaling tadah.

3. Najib merupakan seorang yang penakut terutama dikatkan dengan debat. Sememangnya sejak dari zaman beliau menjadi MB Pahang dulu lagi. Najib masa tu sangat suka dengan pertubuhan silat.  Mana-mana pertubuhan silat di kawasan Parlimen Pekan ketika itu wujud, mesti dapat banyak peruntukkan. Perangai yang sama ditunjukkan bila beliau pegang jawatan PM.  Pertubuhan Silat tertentu mengambil kesempatan pergunakan Najib untuk kepentingan mereka.

4. Najib sangat ketara banyak mengikut telunjuk isteri beliau, Rosmah. Hianggakan apa saja  Rosmah minta, ditunaikannya  dan seolah-olah lembu dicucuk hidung.

5. Najib dikatakan seorang yang suka dipuji. Siapa kuat memuji dan membodek, alamat masyukk la projek.  Sebab itulah dengan pujianlah Najib nyaris tewas ketika di Parlimen Pekan tahun 1999 dulu.

6. Banyak lagi maklumat tentang Najib yang anda mungkin belum tahu. Penulis dulu merupakan ahli UMNO kawasan Pekan. Banyak rahsianya yang penulis  tahu. Kawan penulis, Arwah Ahmad Mokhtar yang pernah jadi Pejuang UMNO Pekan dan Pejuang Semangat 46 Pekan, banyak tulis buku mengenai Najib. Tapi sayang Najib telah arah polis merampasnya. Tapi rahsianya tetap kami tahu.

Semoga  Najib terus dibuai mimpi. bangun saja dari mimpi sudah bertukar status dari Perdana Menteri jadi Ketua Pembangkang. tak mustahil kan...





Najib: ‘Selepas 3 tahun rakyat mula percaya’

3 April 2012


PHNOM PENH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tempoh tiga tahun beliau menerajui tampuk pemerintahan negara sebagai suatu pengalaman yang mengujakan dan penuh cabaran.

"Kami telah melalui perjalanan yang panjang dalam tempoh tiga tahun. Apabila kita bermula, kami bermula daripada kedudukan yang penuh cabaran, dengan tsunami politik dan terdapat banyak kewahaman dan kesinisan.

"Tetapi selepas tiga tahun, rakyat mula lebih percaya dan yakin dengan kerajaan. Rakyat percaya kami boleh melakukannya dan kami telah pun membuktikannya," katanya kepada wartawan Malaysia pada satu sidang media di sini.

Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-20 yang berlangsung selama dua hari.

Beliau berkata, angka makro kelihatan sangat baik dan sektor swasta telah memberikan respons yang memberangsangkan.

Najib mengambil alih pucuk kepimpinan kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata pelaburan langsung asing telah mencapai rekod tertinggi selepas 10 tahun dengan nilai pelaburan berjumlah RM120 bilion direkodkan dalam masa satu tahun.

Beliau berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga mencapai tahap tertinggi dan kerajaan berupaya mengurangkan defisit fiskal.

"Semua ini memberi petunjuk bahawa kami telah mencipta satu momentum baru sepanjang tahun berkenaan. KDNK kita baik. Kesemua NKRA telah melebihi sasaran dan cabaran seterusnya adalah untuk meneruskan momentum kerana kita telah mencapai banyak kejayaan dalam masa tiga tahun.

"Insya-Allah, berikan kami lima tahun lagi, kami akan melakukan lebih banyak lagi," kata beliau.

Najib berkata beliau terkejut kerana sudah tiga tahun berlalu.

"Saya rasa berpuas hati kerana (anggota) Kabinet telah banyak member sokongan. Saya tidak dapat melakukannya sendirian. Rakan-rakan saya telah menyokong saya selama ini.

"Kami telah mengotakan janji-janji yang kami buat dan ini sangat penting. Apabila kami berjanji, kami menunaikannya," kata Perdana Menteri.

Mengenai cabaran politik yang beliau hadapi, Najib berkata pembangkang akan menggunakan apa jua isu dan mereka pula tidak konstruktif untuk mencari penyelesaian sebaliknya memanjangkan isu-isu sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Minda pemikiran mereka bukannya untuk mencari penyelesaian tetapi untuk mencipta dan memanjang-manjangkan isu," kata beliau. – Bernama

7 ulasan:

  1. tahniah PM DS Najib... anda tlh buktikan kpd rakyat 'Cakap serupa bikin'...PM yg tlh bersedia dn berupaya membawa negara ke hadapan setelah diuji pelbagai dugaan seta ranjau yg paling sukar...teruskan usaha murnimu ke arah wawasan 2020...rakyat bersamamu... HIDUP I MALAYSIA!

    BalasPadam
  2. tahniah pak najib...lawatan ke Gaza telah meningkatkan imej Malaysia sbg model dunia Islam....menjadi pemimpin bukan dalam kalangan negara dArab yg berani memasuki zon perang yg amat bahaya kerana keadaan di sana masih belum selamat...well done pm najib ...v. proud on our Pm...luv U!

    BalasPadam
  3. jgn suka amalkan fitnah.....lebih buruk dn lebih dosanya dpd berzina... sebarang tuduhan mesti berasas dn ada bukti yg kita perolehi dn selidiki sendiri...jgn sekali dengar kita terus percaya...enam pekara yg anda sebutkan mengenai DS Najib semuanya bohong dn fitnah tak berasas....saya ingin bagi satu contoh satu tuduhan yang kita mungkin boleh terima ialah tuduhan oleh Trio datuk T terhadap ds anwar bersabit video x tahun 2011 lalu tu mungkin kita leh percaya sebab imej gambar tersebut telah dianalisis oleh 2 pakar AS menunjukkan 99.99 peratus persamaan dgn pelaku dLm rakaman itu...dan lagi video X tu telah diserahkan oleh Datuk T ke pihak polis...dn sehingga la ni ds anwar tak berani lagi menyaman datukT yg telah memalukannya....jam omega menjadi misteri!....kita tunnggu ds anwar kasi saman trio datuk T untuk tentukan tuduhan tu betul atau sebaliknya! ....kesiankanlah kami rakyat terlalu lama menunggu dn menunggu!

    BalasPadam
  4. terbaru adigan tak senonoh melibatkan pemimpin Pas kononnya yang mendukung parti memperjuangkan Islam pula didedahkan...diharap pemimpin berkenaan buat report di balai polis utk membuktikan kebenaran...jgn jadi spt dsai...sampai PRU 13 pun masih tak berani saman trio datuk T... jam omega sendiri pun tak dapat diselamatkan...omega oh omega...sungguh malang nasibmu angkara tuanmu...

    BalasPadam
  5. tahniah dn syabas BN kerana memenangi PRU 13 yg lalu!... berjaya melenyapkan angan2 Mat Jenin pembangkang...manifestasi kpd betapa orang Melayu akan tetap memilih UMNO sbg parti yg dpt menyelamatkan bangsa, agama dn negara...hidup UMNO!

    BalasPadam
  6. putera hang kasturi10 Jun 2013 pada 5:24 PTG

    mujurlah aku undi Bn...bererti aku seorang yg tak mudah dipengaruhi fitnah dn kelentong pembangkang melalui askar red bean armynya...syukur ke hadrat Allah BN masih menjadi pemerintah di negaraku!

    BalasPadam
  7. keputusan tegas PM Najib kekalkan akta hasutan 1948…satu tindakan berani dan disokong rakyat…lebih bermakna lagi bila ianya diperkasakan lagi dgn memasukkan peruntukan tentang agama Islam serta isu Sabah dn Sarawak….Tq to our PM!

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!