!BERITA TERKINI:
Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah, tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka, lapor malaysiakini.
"Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.
Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
Seluruh masjid serta surau terdekat yang berada di sekitar Kuala Lumpur dipenuhi dengan peserta himpunan Bersih. Tinjauan PEJUANG RAKYAT, Kuala Lumpur terus dibanjiri peserta perhimpunan yang tiba dari merata-rata tempat. Mlah kedai-kedai makan dipenuhi dengan orang ramai yang ingin bersarapan pagi.
Malam tadi sewaktu PEJUANG RAKYAT membuat liputan di Taman Melewar , helikopter polis berlegar-legar memerhatikan perkembangan Bersih dari masa ke semasa.
Malah lautan manusia yang datang mendengar ceramah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil , Mat Sabu dan Chegu Bard seolah-olah memberi amaran akan kebangkitan rakyat!!!
Selesai sahaja perhimpunan di Taman Melewar, PEJUANG RAKYAT terus ke lautan manusia di Dataran Merdeka. Subhanallah..semakin ramai manusia berkumpul.
Ternyata kebangkitan rakyat secara luarbiasa akan berlaku hari ini...!!
Banyak gambar PEJUANG RAKYAT tak sempat diupload lagi. Dipaparkan di sini gambar-gambar yang dipinjam dari blog-blog penyokong Pakatan Rakyat.
Baru sebentar PEJUANG RAKYAT berpusing-pusing sekitar Kuala Lumpur untuk melihat perkembangan semasa. Sudah kelihatan bayang-bayang kebangkitan rakyat akan berlaku lagi hebat berbanding Bersih sebelum ini. Ayuh! Jom kita bersama!!!Himpunan BERSIH 3.0 bermula jam 2.30 ptg. Tetapi jam 1 pagi ini, sudah ramai peserta BERSIH yang tiba.
Banyak gambar PEJUANG RAKYAT tak sempat diupload lagi. Dipaparkan di sini gambar-gambar yang dipinjam dari blog-blog penyokong Pakatan Rakyat.
Baru sebentar PEJUANG RAKYAT berpusing-pusing sekitar Kuala Lumpur untuk melihat perkembangan semasa. Sudah kelihatan bayang-bayang kebangkitan rakyat akan berlaku lagi hebat berbanding Bersih sebelum ini. Ayuh! Jom kita bersama!!!
Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah, tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka, lapor malaysiakini.
"Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.
Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan