rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

30 Ogos, 2010

IBRAHIM ALI KATA NIK AZIZ KURANG TAQWA


Haha...korang ada baca ke berita hari...Ibrahim Katak kata Nik Aziz kurang Takwa. Haha...siapa Ibrahim Ali ni? Menang pilihanraya pun atas ehsan Nik Aziz. Tak habis-habis dengan mulut celuparnya. Tapi paling menarik dalam berita tersebut, penulis petik satu ayat Ibrahim Ali ni: " Saya tidak kata orang bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam surau atau masjid tetapi hendaklah beradab iaitu dengan menutup aurat".
Rasa-rasa korang la...bab menutup aurat ni...berani tak Ibrahim tegur isteri Perdana Menteri yang tak tutup aurat dalam masjid?

Nik Aziz kurang takwa – Ibrahim Ali


IBRAHIM Ali (empat dari kanan) beramah mesra dengan ahli Perkasa pada majlis berbuka puasa di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang yang beriman tetapi kurang bertakwa apabila bertindak mempertahankan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya Nik Abdul Aziz seorang yang bertakwa sudah tentu Menteri Besar Kelantan itu membidas tindakan wakil rakyat DAP tersebut.

Jelas beliau, ini kerana sudah jelas Nie Ching melakukan sesuatu yang mencemar institusi Islam.

Tambahnya, orang yang bertakwa ialah golongan yang sentiasa memelihara dan memuliakan surau atau masjid serta bukannya mereka yang membiarkan ia dicemarkan disebabkan kepentingan politik.

“Inilah dia Nik Aziz. Saya anggap beliau seorang ulama politik. Segala-galanya politik. Saya tidak kata orang bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam surau atau masjid tetapi hendaklah beradab iaitu dengan menutup aurat.

“Orang bukan Islam yang mengunjungi surau atau masjid juga hanya dibenarkan melawat, bukannya diberi kebenaran untuk berucap. Kemuliaan surau dan masjid hendaklah dipelihara,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis berbuka puasa anjuran Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat surau berkenaan Ahad lepas.

Bagi Menteri Besar Kelantan itu, tindakan ahli Parlimen berkenaan tidak menyalahi hukum Islam, malah ia sebaik-baik cara untuk mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada Islam.

Ibrahim berkata, tidak dinafikan tindakan Nie Ching memberi sumbangan kepada surau tersebut adalah sesuatu yang amat baik tetapi majlis penyerahan tidak sepatutnya diadakan di ruang solat.

“Banyak tempat lain boleh diadakan majlis penyerahan tersebut. Sebagai contoh di luar masjid atau di dewan orang ramai.

“DAP adalah salah sebuah parti yang mentadbir Selangor dan saya tidak fikir wakil rakyat mereka sukar menggunakan kemudahan yang ada. Mengapa digunakan ruang solat? Adakah mereka sengaja mahu menjatuhkan martabat dan kemuliaan institusi Islam,” katanya.

Ibrahim berkata, sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, beliau sendiri pernah menyerahkan sumbangan kepada tokong di kawasannya, namun ia diserahkan di luar rumah ibadat itu walaupun beliau dijemput untuk menyerahkan sumbangan itu di dalam tokong berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, kecetekan pengetahuan mengenai Islam dan Melayu di kalangan orang Cina menyebabkan mereka semakin berani bersikap biadab seperti tindakan sekumpulan remaja Cina melempar cat merah ke sebuah surau di Sikamat, Seremban baru-baru ini.

“Ini ditambah lagi dengan sikap orang Melayu Islam yang memberi ‘lampu hijau’ kepada mereka untuk bertindak demikian antaranya membenarkan pemimpin politik wanita bukan Islam memasuki surau tanpa bertudung dan berkebaya ketat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!