rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

31 Ogos, 2010

ORANG CINA MAKIN MELUAT DENGAN UMNO


BALING BATU SEMBUNYI TANGAN...mungkin inilah peribahasa yang sesuai ditujukan pada UMNO dalam hal perkauman. Kenyataan dua orang bekas anggota kabinet terpinggir UMNO jelas menggambarkan sikap bodoh mereka ini. Dalam keadaan sekarang, semua orang nampak jelas permainan perkauman UMNO. Merka yang mulakan dan orang lain yang jadi mangsa. Melalui agen bodek UMNO, Perkasam ternyata impian Najib untuk mereka bentuk 1 Malaysia ternyata gagal. Dalam hal ini..parti-parti bawah naungan Pakatan Rakyat dilihat terus sahaja bersatu di dalam program-program mereka. Lebih ketara lagi penerimaan orang Melayu terhadap pemimpin DAP yang sentiasa turun padang ternyata memberi tamparan hebat pada UMNO. Malah dalam kaji selidik terbaru Merdeka Center, KERAjaan Barisan Nasional cuma memperolehi 45% sokongan dari orang Melayu. Nyata Pertubuhan Perkasa membantu bagi mempercepatkan UMNO 'ditalqinkan' dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Penulis sempat berbual-bual dengan beberapa orang Cina baru-baru ini. Ternyata kebencian mereka dengan Perkasa dan UMNO semakin meluap-luap. Sentimen perkauman yang dimainkan UMNO menerusi Utusan Malaysia ternyata akan menjadi senjata yang akan memakan tuan sendiri. Kita tunggu dan lihat kebenarannya nanti:
PR perlu cermin diri: Idris Haron

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat diingatkan untuk ‘mencermin diri’ terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan melulu mengaitkan UMNO parti yang menggunakan sentimen perkauman.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron yang membidas kenyataan itu menyifatkan PR sebagai sebuah parti serpihan yang sengaja menimbulkan provokasi melibatkan sentimen perkauman di negara ini.

“PR ditubuhkan akibat kekecewaan dan niat mereka untuk membela nasib rakyat masih kabur. PR tidak pernah memperjuangkan kemerdekaan negara ini berbanding UMNO.

“Mereka yang kerap kali menimbulkan sentimen perkauman bertujuan memecahbelahkan keharmonian negara. Mereka sengaja provokasi supaya UMNO mengikut rentak tarian mereka, namun UMNO bukan parti sedemikian,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan bersama pemimpin PR yang membuat tuduhan bahawa UMNO menggunakan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat.

PR mendakwa strategi itu digunakan memandangkan UMNO/Barisan Nasional (BN) kini dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa.

Ahli Parlimen Parit Sulung, Datuk Noraini Ahmad berkata, kemerdekaan negara ini adalah atas usaha kepimpinan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO bersama parti lain.

“Persoalannya siapa yang menggunakan sentimen kaum yang sebenarnya banyak dimainkan oleh pembangkang,” katanya.

Menurut bekas Ketua Puteri UMNO itu, BN adalah parti campuran yang mengutamakan kerjasama antara kaum, oleh itu tidak timbul isu perkauman sempit digunakan untuk menarik sokongan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!