rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

28 Ogos, 2010

PENEROKA MUDAH DIHASUT?


Nampak gayanya Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan ni masih tak dapat terima kenyataan tentang penipuan Felda terhadap peneroka Felda Kemahang di Gua Musang yang mana kes mahkamah telah menyebelahi peneroka tersebut. Ahmad Maslan kononnya nak jadi jaguh kerajaan. Sepatutnya beliau membela peneroka dan bukannya Felda. Kata Rakyat Didahulukan. Inilah kata orang cakap tak serupa bikin. Cakap berbelit-belit semata-mata nak jaga hati Najib. Harap-harap korang nilaikanlah sendiri:


Saman: Felda minta peneroka tidak terpengaruh

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Para peneroka dinasihat tidak terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu yang mahu menyaman Felda ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada peneroka Felda Kemahang 3 semalam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, kekalahan dalam kes itu menyebabkan peneroka yang lain menyalah tafsir fakta dan mula memfailkan tuduhan yang sama ke atas Felda.

"Kita minta peneroka jangan terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak yang ingin menyaman Felda kerana memang tidak pernah wujud penipuan seperti didakwa.

"Jika tidak bersetuju dengan urusan jual beli sawit, peneroka boleh menyuarakannya kepada pihak Felda, bukannya berdiam diri dan mengumpulkan tuduhan dalam satu jangka masa yang lama," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan Felda untuk menyemak keputusan mahkamah terdahulu yang mengetepikan permohonan agensi itu bagi mendapat kebenaran merayu.

Dengan keputusan itu, Felda diarahkan membayar ganti rugi berjumlah RM11 juta kepada penduduk Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan.

Mengulas lanjut, Ahmad memberitahu, Felda sedang mengkaji dan meneliti tindakan undang- undang yang boleh diambil ke atas firma guaman yang mewakilinya semasa perbicaraan kes tersebut Januari lalu.

Menurutnya, nama baik Felda terjejas kerana dikatakan menipu apabila peneroka daripada Negeri Sembilan turut membuat tuduhan yang sama baru- baru ini.

"Kes Felda Kemahang 3 tidak wajar dijadikan rujukan kerana keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada Felda disebabkan oleh kecuaian pihak peguam," katanya.-utusan malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!