rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

05 Ogos, 2010

EKSKLUSIF: EDISI PENDERHAKAAN UMNO


DAULAT TUANKU....

Oleh mNasir

Bismillahir rahmanirr ahiim..

Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno. Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini.Saya susun mengikut negeri-negeri.


Kelantan:

Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan.Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.

Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan.Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku.

Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.

Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.

Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku “Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.

Negeri Sembilan :

Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.

Selangor :

Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam”Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.

Pahang :

Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.

Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.

Perak :

Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.

Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.

Johor :

Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir.

Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.

Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?

Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.

Terengganu :

Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.

Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.

Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.

Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.

Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.

Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu. Jahat bukan?

Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…?

Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.Renung-renungkanlah semua.


SUMBER: www.syukran.wordpress.com



1 ulasan:

  1. The King Casino | Situs Judi Slot Online Terbaik 2021
    Play online mens titanium wedding bands Pragmatic Play Slots at The septcasino King Casino - Member Baru www.jtmhub.com & https://septcasino.com/review/merit-casino/ Terpercaya 2021! Rating: 98% · ‎240,388 votes

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!