rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

22 Ogos, 2010


PEMBANGKANG GANGGU FELDA?


Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Pengerusi Felda Dato Dr Yusof Nor berkenaan gangguan Pembangkang ke dalam Felda kini nyata begitu dangkal sekali.
Yusof Nor seolah-olah lupa melihat sejarah lama akan peranan yang dimainkan oleh pembangkang ke dalam tanah rancangan Felda bukanlah baru hari ini malah sejak 20 tahun lepas lagi.
Mungkin disebabkan ketika itu pengaruh parti pembangkang agak malap menyebabkan Yusof Nor pandang sebelah mata sahaja.
Penulis sendiri pernah terbabit dalam suasana pilihanraya waktu PAS di zaman Tuan Guru Yusof Rawa lagi di mana pengaruh Pas di kawasan Felda ketika itu sudah mula menular.
Lebih hebat lagi pengaruh pembangkang ketika zaman Parti Melayu Semangat 46 yang diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Ketika itu Timbalan Presiden Semangat 46, Dato Rais Yatim yang begitu sinonim dengan masyarkat peneroka ketika menerajui Kementerian Kemajuan Tanah dan Masyarakat dan pernah tidur di rumah Peneroka Felda mula mengadakan 'road show' besar-besaran seluruh tanah rancangan Felda.
Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir begitu risau sekali dengan pengaruh Semangat 46 di kawasan Felda.
Malah dalam beberapa ceramah Semangat 46 bersama rakan-rakan pembangkang yang lain dalam Angkatan Perpaduan Ummah serta Gagasan Rakyat , Dato Rais pernah mendedahkan betapa duit tabung Peneroka lesap RM10 juta. Siapa yang curi? Sekarang bila Dato Rais sudah berkasih semula dalam UMNO maka pendedahan besar tersebut hilang begitu saja.
Tahun 1999, sewaktu gerakan reformasi Dato Seri Anwar Ibrahim , Gugusan Jengka dikejutkan dengan kemenangan sulung Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini merupakan Naib Presiden Pas serta Pesuruhjaya Pas Pahang.
Jadi, tuduhan terbaru Yusof Nor seolah-olah baru kini pembangkang 'ganggu' Felda ada tidak masuk akal sama sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!