rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

19 Oktober, 2011

KENA TIPU LAGI.....


Biar beratus kali telah diingatkan menerusi akhbar, radio dan TV, masih berlaku juga. Kegiatan gores dan menang ini telah diharamkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan. Tapi tetap ada juga yang terpedaya. Yang kena perdaya itu bukan orang biasa. Budak terpelajar. Tak tahulah macamana nak cakap lagi. Kena pukau agaknya kot. Ingatkan dah reda benda-benda macam ni. Masih berleluasa lagi rupanya.


Pelajar IPTA ditipu sindiket

KUANTAN – Bimbang diapa-apakan, seorang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA), di sini sanggup menyerahkan wang sebanyak RM3,400 selepas terpedaya dengan kad cabutan bertuah yang ditaw arkan oleh seorang lelaki.

Mangsa yang mahu dikenali seb agai Farah, 23, be rkata, pada mulan ya dia enggan menerima tawaran daripada lelaki tersebut.

Bagaimanapun katanya, setelah mendengar janji-janji manis lelaki berkenaan serta melihat bukti yang ditunjukkan, dia akhirnya mengambil kad berkenaan dan mengikut lelaki itu ke pejabatnya.

“Ketika sampai di pejabat, lelaki itu meminta saya membayar RM6,800 jika saya mahu membuka kad seterusnya untuk mengetahui hadiah yang telah dimenangi.

“Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah Toyota Camry, Toyota Vios, Toyota Avanza, tiket pelancongan ke Perth, Australia, Turki dan banyak lagi,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

Tambah Farah, keadaan di pejabat yang sunyi serta pekerjanya yang kelihatan seperti ‘gangster’ membuatkan dia akur membayar sebanyak RM3,400.

“Kerana takut perkara buruk berlaku, saya ke bank untuk mengeluarkan wang yang diminta. Ketika itu, saya tidak dapat lari kerana salah seorang pekerjanya ‘menjaga’ saya hingga ke bank.

“Saya terpaksa mengeluarkan duit simpanan yang mahu digunakan untuk majlis perkahwinan saya hujung tahun ini,” katanya.

Dalam perbicaraan semalam, Farah adalah salah seorang daripada lima yang membuat tuntutan daripada syarikat yang sama.

Seorang lagi mangsa, yang mahu dikenali sebagai Jamaluddin, 64, berkata, kerana tertarik dengan hadiah pakej umrah, dia sanggup membayar RM 6,800 kepada syarikat tersebut.

“Tidak dinafikan, sebelum ini saya banyak dengar cerita tentang penipuan gores dan menang serta peraduan-peraduan yang seumpama dengannya.

“Pun begitu, saya tidak mampu untuk menolak pelawaan mereka. Mereka memang pandai mempengaruhi serta memujuk mangsa hinggakan saya sendiri lupa tentang muslihat mereka,” katanya.

Dia yang kesal dengan tindakan yang dilakukan syarikat berkenaan bertindak membuat aduan di TTPM dengan harapan wangnya dapat dikembalikan.

“Saya tak harap dapat semuanya. Jika dapat setengah daripada jumlah yang dibayar sekalipun saya sudah bersyukur.

“Apa yang berlaku mengajar saya untuk lebih berhati-hati serta tidak mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali,” katanya.

Presiden TTPM, Quaik Chong Yu bagaimanapun telah mengarahkan syarikat berkenaan untuk membayar ganti rugi kepada semua pihak yang menuntut dalam tempoh 14 hari dari tarikh perbicaraan bagi menyelesaikan tuntutan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!