rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

11 Oktober, 2011

NASI LEMAK LAKU HAMPIR RM4 JUTA


Wah...tanpa promosi pun filem Nasi Lemak 2.0 arahan Pengarah kontroversi Namewee telah mencatat kutipan hebat RM4 juta. Sungguh luar biasa! Disaat Utusan Malaysia berusaha menjatuhkan filem ini, ternyata sambutan yang diterima luar jangkaan. inilah rezeki namanya. Mamat Khalid yang sakit hati dengan filem ini pun tak dapat menandingi filem ini. Fiem estet arahan Mamat Khalid walaupun dibuat promosi besar-besaran pun tetap gagal di pasaran. Nampak gayanya kita kenalah buat filem Mee Goreng pulak. Barulah orang UMNO pulak sakit hati kahkahkah...


Poster mempromosikan filem Nasi Lemak 2.0
KUALA LUMPUR, 9 Okt — Golden Screen Cinemas (GSC), rangkaian pawagam terbesar negara ini telah memutuskan untuk menghentikan tayangan Nasi Lemak 2.0 arahan pembikin filem dan artis kontroversi Namewee.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan siri kontroversi sejak kebelakangan, tetapi GSC dipetik akhbar tempatan berkata keputusan itu diambil ekoran keputusan Astro menyiarkan menerusi saluran Astro First.

Laporan New Sunday Times hari ini berkata, filem yang telah mencatatkan kutipan lebih RM4 juta setakat ini dihentikan penayangan sejak Jumaat lalu.

Menurut laporan itu, GSC juga menyiarkan permohonan maaf menerusi laman sosial Facebook memaklumkan bahawa mereka yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan balik duit masing-masing.

“Bukan amalan GSC untuk menyiarkan mana-mana filem yang disiarkan serentak di mana-mana saluran filem berbayar yang lain,” kata mesej Facebook itu.

Seorang jurucakap dipetik akhbar itu berkata pihaknya menayangkan filem itu sejak lima minggu lalu.

Dalam satu kenyataan akhbar tiga minggu lalu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee bimbang Nasi Lemak 2.0 mungkin diharamkan ekoran demonstrasi membantah filem tersebut di Perak baru-baru ini.

Katanya, dia kesal dengan protes tersebut dan berharap pihak berkuasa tidak mengendahkan desakan supaya filemnya diharamkan.

“Film ini mendapat kelulusan sebelum penggambaraan dan satu lagi kelulusan sebelum tayangan. Saya berharap pihak berkuasa menghormati keputusan mereka sendiri serta usaha kerja saya,” katanya.

Filem tersebut dilaporkan dikecam pihak-pihaknya yang mendakwa ia mempunyai pengaruh buruk kepada anak-anak muda.

Ketika mengadakan protes di luar sebuah panggung wayang di Ipoh, satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Perak, menuntut kerajaan mempertimbangkan mengharamkan filem tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan filem ini boleh membuat aduan.

Menjawab soalan mengapa tidak mahu meneruskan tayangan meskipun mendapat sokongan besar, GSC berkata, pihaknya mahu mempertahankan hakikat bahawa institusi pawagam masih merupakan tempat terbaik bagi mana-mana tayangan filem.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Nasi Lemak 2.0 Fred Chong pula memberitahu beliau menerima keputusan GSC dan menghargai sokongan institusi pawagam.

“Kami gembira kerana menerima sokongan mereka lebih empat minggu meskipun kami tidak mendapat sokongan tayangan wajib daripada Finas,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Chong berkata dia berharap mereka yang kehilangan peluang menonton di pawagam boleh mengikutinya menerusi saluran Astro First.

GSC menjelaskan, Nasi Lemak 2.0 bukan merupakan filem pertama pihaknya menghentikan tayangan.

Filem Bini Biniku Gangster, yang menjana RM7 juta dalam empat hari pertama tayangan juga telah dihentikan selepas tiga minggu apabila Astro menawarkan tayangan.

Filem Nasi Lemak 2.0 tidak memperoleh status Wajib Tayang daripada Finas, yang mewajibkan operator pawagam menayangkan selama dua minggu.

Pelakon Nasi Lemak 2.0 termasuklah Adibah Noor, Datuk David Arumugam dari Alleycats, Karen Kong, Afdlin Shauki, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nur Fathia, Nadine Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin, Felixia Yap dan Namewee.

Ekoran satu artikel Utusan Malaysia memperlekehkan filemnya, Namewee mengecam akhbar milik Umno itu melalui video klip selama 2 minit 43 saat.

Artikel tersebut menzahirkan pandangan penulisnya yang tidak senang dengan sikap Namewee yang cuba menjadi hero 1 Malaysia melalui filem Nasi Lemak 2.0 sedangkan didakwa telah beberapa kali mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia sebelum ini.

Awal bulan ini, Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan Namewee itu, didakwa lucah terhadap syarikat berkenaan dan wartawannya Fauziah Arof.

Kumpulan itu mendakwa Namewee menyalah guna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia dan mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel “Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...” yang disiarkan bulan lalu.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri menyifatkan Namewee sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia dan seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!