Tak pernah kita lihat Mahathir keluar kenyataan berulangkali dan bersungguh-sungguh. Malah kali ini nadanya agak keras. Beliau berkali-kali menasihatkan Najib agar melambatkan Pilihanraya Umum ke 13. Mahathir tahu BN akan kalah teruk kali ini. Malah kenyataan paling terbarunya, Melayu akan hilang kuasa 10 tahun lagi sekitar tahun 2020, menggambarkan wawasan 2020 menjadikan Malaysia negara maju akan beralih kuasa pada Pakatan Rakyat. Sepertimana negeri maju macam Pulau Pinang dan Selangor yang terlepas pada Pakatan Rakyat. Rasanya sia-sia saja Utusan dan TV3 main peranan buruk-burukkan Pakatan Rakyat. Tak membantu apa-apa. Alih-alih Mahathir cakap Pembangkang akan menang besar. BN ciptalah apa isu pun termasuk video lucah, langsung tak bawa kesan pada pembangkang.
Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.
Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.
Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.
"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.
"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.
Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.
Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.
"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya.
Apa tak takutnya... dah nampak lubang neraka kat dunia lagi.. dah dekat dah... Insyaallah dgn jatuhnya amno laknatullah dlm pru ni grenti dia masuk neraka dunia... tah2 terus membawa ke neraka alhirat... taubat tetap tak nak... hati dah terlalu kotor... dia paling takut sebab bisnes anak2 nya akan hanchus dan segala kejahatan yg dia buat selama dia memerintah dulu akan dihisab oleh rakyat... baru tau langit tinggi rendah... ambik ko... dekaaaaaatttt je lagi...
BalasPadambengong.....ko tgk lah nti...ko yg merana duk kt malaysia..pdn muka ko
Padamkalu betul lah bn akan tumbang....persoalan nya tumbang ke?.....dgn cerita penipuan daftar pengundi....ada peluang ke pakatan akan ke putra jaya....hmmmmm...entahlah
BalasPadam