rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

08 September, 2011

KHALID SAMAD KENA 'BELASAH' PULAK..


Bagaikan diatur, Utusan menjalankan peranan memburukkan nama pemimpin Pakatan Rakyat satu persatu. Dulu Niz Aziz, diikuti Lim Guan Eng, kemudian Khalid Ibrahim, seterusnya Anwar Ibrahim, diikuti Mat Sabu dan terkini Khalid Samad. Ha..ha..ha..semua orang dah tahu plan Utusan Malaysia yang dikerahkan orang tertentu di belakangnya. Cuma Utusan cukup takut nak burukkan Husam Musa. Bukan sebab apa dari dulu sampai sekarang semua saman Husam Musa berjaya membuktikan fitnah memang wujud untuk menjatuhkannya. Sekarang ni 'turn' Khalid Samad pulak kena 'belasah' dengan tangan ghaib UMNO di belakang Utusan. Mari kita ikuti permainan Utusan seterusnya:


Khalid dakwa ada konspirasi

SHAH ALAM 7 Sept. – Ekoran tidak berpuas hati dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengambil tindakan terhadapnya kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau bulan lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini cuba menyerang pihak berkuasa agama itu dengan mengaitkannya dengan UMNO.

Malah, hari ini Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor itu turut mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menyatakan tauliah penceramah tidak perlu, selain mendakwa JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan menyifatkan keperluan tauliah mengajar adalah peraturan lama yang digubal semasa pentadbiran negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) dulu.

Beliau juga mendakwa para pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.

“Mereka (para pegawai JAIS) masih mempunyai pemikiran lama. Mereka dengan UMNO menggunakan peraturan tauliah untuk menyekat pergerakan Pas mengadakan ceramah di masjid dan surau.

“Pas dilihat lebih mendekati masyarakat melalui aktiviti ceramah di masjid dan surau. Mereka tidak mahu perkara ini berlaku atas kepentingan politik, maka mereka ambil tindakan menggunakan larangan ceramah tanpa tauliah.

“Kita (pemimpin Pas) mengadakan ceramah di masjid dan surau. Pas sebagai sebuah parti Islam, sudah tentukah kita selitkan hal-hal yang berkaitan tentang agama Islam dalam ceramah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Khalid menyatakan akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau pada Ogos lalu.

Dalam kenyataannya semalam, beliau menyatakan, pihaknya tidak menyatakan tauliah mengajar tidak perlu sebaliknya kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja.

Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi semalam untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Berdasarkan Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Khalid berkata, meskipun JAIS ketika ini di bawah pentadbiran parti-parti pembangkang, masih ramai pegawai pihak berkuasa agama itu merupakan orang yang sama ketika pentadbiran BN sebelum tahun 2008.

“Pegawai-pegawai JAIS yang ada adalah orang yang sama seperti sebelum ini (pentadbiran BN) kita tidak pecat mereka kerana kita tidak mahu bertindak zalim. Kita tidak boleh pecat mereka,” ujarnya.-utusanmalaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!