rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

10 September, 2011

MAHATHIR MULA KUTUK NAJIB


Mahathir mula berbunyi. Tentu ada yang tak kena atau perancangan seseorang untuk jatuhkan Najib? Hahaha.....



KUALA LUMPUR, 9 Sept ─ Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.

Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.

Bercakap dalam satu wawancara Astro Awani disiarkan hari ini, Dr Mahathir (gambar) berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai.

“Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.

“Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan,” kata beliau lagi.

Kajian terbaru Merdeka Center mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kajian itu dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu ─ kira-kira sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0.

Kepimpinan Umno mengetepikan hasil kajian itu sambil menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Menurut beliau, Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan dan kepimpinan perdana menteri melalui perhimpunan itu.

Dr Mahathir membandingkan tindakan polis menjelang dan pada 9 Julai itu dengan tindakan polis Britain semasa rusuhan bulan lalu.

“Saya fikir rancangan Bersih berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan. mereka tahu kalau mereka menjalankan demonstrasi, maka sudah tentulah pihak kerajaan akan meletakkan pasukan untuk menghalang demonstrasi ini. dengan kerana itu, imej kerajaan menjadi buruk kerana kerajaan membuat tindakan seperti mengharamkan pakaiaan baju kuning dan sebagainya,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, penganjur perhimpunan Bersih 2.0 tahu yang kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan mereka dan usaha pihak berkuasa menanganinya memang ditunggu-tunggu supaya dunia melihat keburukan kerajaan.

Dr Mahathir turut ditanya penglibatan anaknya sendiri Datuk Seri Marina Mahathir pada perhimpunan itu.

“Saya beri kebebasan kepada anak saya. Saya tak kata anak saya mesti ikut saya. Mereka kebijaksanaan mereka sendiri. Alhamdulillah, dia sertai tetapi tak jadi apa-apa”.-themalaysiainsider

3 ulasan:

  1. seingat aku Che det ni sejak zaman musa hitam lagi orang lain semua tak betoi sampai zaman Pak Lah dan tok jib...Jangan sampai last sekali dia mengaku dia pun tak Betoi sudah la. Mungkin dia tunggu mukhris jadi Pm baru dia kata haaaa yang ni baru betoi......

    BalasPadam
  2. Sekurang-kurangnya Che Det ni kalau dirasakan populariti atau sentimen rakyat kurang atau menyusut kepadanya, maka lamalah atau mukanya tak akan masuk media untuk jangka masa yang lama, bertujuan untuk mententeramkan para pembenci beliau. tetapi tidak sekali-kali untuk Najib dan Rosmah atau Mat Sembab, lagi dibenci oleh rakyat, maka setiap minit atau detik muka akan keluar dalam TV atau media pengampu mereka. Inilah jika ketamakan, kemunafikan dan kebathilan telah menguasai diri dan ingin hidup untuk selamanya di dunia ini, sikap mereka dah tak jadi macam manusia...selayaknya binatang.

    BalasPadam
  3. Jadi dengan kata Mahadev itu menunjukan Polis dan pemimpin negara tak betul menangani isu bersih.............

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!