Seolah-olah telah dirancang!!! Inilah yang dinamakan taktik pilihanraya. Ketika rakyat memuncak dengan kemarahan sewaktu pengumuman cukai 6% untuk pembelian prepaid top up, tiba-tiba Najib muncul menyalahkan syarikat Telco. Najib kata dia tak tahu pun kenaikkan 6% ini. Haha..kelakar..kelakar... dia yang wujudkan cukai itu, kemudian dia sendiri buat-buat tak tahu. Nampaknya rakyat berjaya dibodohkan. Pagi ini dalam Berita pagi TV3, rata-rata rakyat yang ditemuramah, memuji kerajaan dan Najib kerana berjaya memaksa Telco menangguhkan cukai 6% tersebut. Orang ramai yang ditemuramah memuji Najib kononnya prihatin masalah rakyat. Uweekkkk!!! Haha..korang tak rasa ditipu ke dengan mainan Najib ini?
Cukai 6 peratus ditangguh - Rais
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual Khamis ini, ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.
"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.
Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee.
Menurut Rais, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kajian sama ada cukai tersebut akan dikenakan terhadap pengguna yang membeli pek permulaan talian prabayar atau mengenakannya setiap kali pengguna membuat tambah nilai kredit.
"Saya rasa lega apabila mereka bersetuju menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti waktu terbaik bagi melaksanakan cukai perkhidmatan tersebut," katanya.
Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat komunikasi terlibat yang turut sama akan membincangkan kadar yang sepatutnya dikenakan.
"Jadi, isu-isu yang berbangkit ini akan saya bawa kepada mesyuarat Jemaah Menteri kelak untuk menghuraikan dengan lebih jelas berkenaan data dan fakta yang lengkap," katanya.
Rais berkata, beliau juga akan menyarankan kepada kerajaan untuk memberi penghargaan di atas sumbangan dan peranan yang dibuat syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut terhadap cukai perkhidmatan selama ini.
"Jumlah yang disumbang syarikat-syarikat itu terhadap cukai perkhidmatan amat besar dan boleh saya anggarkan jumlahnya bernilai hampir RM6 bilion bermula dari 1998 sehingga kini kepada hampir 26 juta pengguna talian prabayar di negara ini," katanya.
Justeru itu, Rais berharap isu cukai perkhidmatan tersebut tidak lagi dibangkitkan kerana syarikat telekomunikasi terbabit sudah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan caj tersebut.-utusanmalaysia.
Woi! Melayu Muda Beruk, Melayu Tua Beruk dan Melayu UMNO Beruk.....kepada anda semua penyokong tegar UMNO/BN, aku doakan kalau kamu semua tidak dilaknat Tuhan, aku mohon supaya anak cucu kamu semua nanti akan dilaknat Tuhan, di atas sokongan kamu semua terhadap UMNO/BN yang menjadikan mereka berkuasa dan memeras darah dan keringat rakyat mengikut sesuka hati mereka dari dahulu hingga kini.
BalasPadam