rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

04 September, 2010

KAWASAN MASJID PUN TAK BOLEH UNSUR POLITIK


Tak habis-habis lagi dengan si mangkuk hayun sorang ni. Nampak sangat kenyataan seakan membodek. Tak sedar ke dia kerja dengan Kerajaan negeri mana sekarang ni? Kenyataan terbaru dia mengatakan bukan setakat dalam Masjid tetapi di kawasan masjid sekali pun dilarang mengadakan program berunsur politik. Kita nak tanya dia, kalau program anjuran Pakatan Rakyat, maka program itu dikatakan berbaur politik walaupun program sekadar sumbangan hari raya? Bagaimana pula kalau program itu disertai oleh orang MCA dan di adakan di kawasan masjid? Tentu boleh kan? Inilah sebenarnya pemikiran UMNO yang sungguh kolot ibni maha kuno. Macamanalah orang Islam nak tertarik dengan agama kita.

Di sini penulis sertakan gambar satu program sumbangan ramadhan untuk masjid-masjid sekitar Raub yang disertai oleh Menteri Pelancongan merangkap Ahli Parlimen Raub, Dato Seri Ng Yen Yen di Masjid Negeri Daerah Raub. Naib Presiden MCA ni siap bagi sumbangan lagi untuk masjid-masjid seluruh Raub. Apa komen Ulama UMNO? Akhbar merepek Utusan tak mahu siarkan ke? Mungkin Selangor dan Pahang tak sama peraturan kot..


Jangan terap unsur politik di masjid

SHAH ALAM 3 Sept.- Ahli politik bukan Islam diingatkan supaya tidak menerapkan unsur politik dan menimbulkan perpecahan masyarakat dalam program mereka di masjid atau surau walaupun dibenarkan memasuki kawasan pekarangan rumah ibadat tersebut di negeri ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, peringatan itu bagi memastikan masjid dan surau di seluruh negeri ini tidak menjadi alat dan medan pertempuran parti-parti politik untuk menagih sokongan umat Islam.

Katanya, pemimpin politik berkenaan seharusnya sedar dan memahami bahawa kawasan masjid dan surau bebas daripada sebarang politik.

"Adalah wajar mereka mematuhi larangan berpolitik di kawasan rumah ibadah itu walaupun mereka dibenarkan memasuki kawasan tempat ibadat umat Islam ini, kecuali ruang solat.

"Jika ada antara mereka mengadakan aktiviti berunsurkan politik atau berbaur perpecahan, JAIS tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka termasuk jawatankuasa pentadbiran tempat ibadat umat Islam itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!