rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

02 September, 2010

PUTERI UMNO BUAT MALU JE


Bukan sekali dua pemimpin UMNO sekarang menolak ajakan debat yang dibuat oleh kalangan Pimpinan Pakatan Rakyat. Sebelum ini Zahid hamidi pernah 'hilang' sewaktu debat hendak diadakan di sebuah tempat sewaktu sedang berlangsung Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.

Ketua Penerangan UMNO Dato Ahmad Maslan pun kategori penakut juga.
Semasa Presiden ANAK, Mazlan Aliman cabar Ahmad Maslan debat tentang FELDA, bukan main angkuh lagi jawapan 'on the spot' ketika itu. "Saya tak takut debat...lagi pun masa sekolah dulu saya memang kaki debat", lebih kurang begitulah jawapan Ahmad Maslan. Kemudian apabila jemputan rasmi diajukan pada Ahmad Maslan, terus kecut perut. "Saya mahu majlis dialog!,"katanya.

Sepanjang tugasan saya sebagai wartawan, tak ramai pimpinan UMNO zaman Mahathir hingga Zaman Najib yang berani berdebat. Setakat yang saya tahu, beberapa kerat sahaja pemimpin UMNO yang berani sahut cabaran debat. Mereka ialah Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin dan Ahmad Shabery Chik. Yang lain-lain...cakap pandai tapi bila ajak debat...kecut 'te....r'.

Nazri Aziz memang terkenal dengan sifat tegasnya. Mahathir pun dia lawan. Nazri pernah berdebat dengan Salehuddin Ayub sewaktu zaman Mahathir dulu.

Khairy pula selalu juga menerima jemputan debat dan sering menerima jemputan pembangkang dalam apa jua forum.

Sementara Ahmad Shabery Chik memang dianggap jaguh sebenar. Berani terima pelawaan debat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim. Walaupun agak 'berbuih' juga mulut, tapi ramai 'respect' pada beliau. Apa pun tak pelik juga lihat keberanian Shabery. Asalnya dulu beliau banyak pengalaman bersama pembangkang sewaktu berada di dalam Parti Melayu Semangat 46. Banyak pengalaman ditimba di situ. Selepas tiga pemimpin tersebut, susah lagi nak jumpa pemimpin UMNO yang berani sahut cabaran debat. Selalunya mereka banyak cari alasan.

Terbaru, Ketua Puteri UMNO, Rosnah Abdul Rasyid Shirlin . Beliau dicabar oleh budak kontroversi Namewee berkaitan video klips terbarunya
yang anti racist. Namewee ajak Rosnah berdebat. Tapi apa jawapan Rosnah? Bacalah kat bawah berita tersebut.Buat malu je jadi Ketua Puteri.


Rosnah tidak minat layan cabaran debat individu tidak hormat negara

SHAH ALAM – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tidak berminat untuk berdebat dengan individu yang tidak menghormati negara sendiri seperti Namewee.

Menurutnya, beliau juga tidak mahu membiarkan individu seperti Namewee merasakan dirinya seorang yang hebat dengan mencabarnya berdebat.

Beliau berkata, Namewee juga perlu dikenakan tindakan sewajarnya supaya perbuatan yang dilakukan beliau tidak terus berlaku di negara ini.

“Sekali lagi beliau mengulangi perbuatan tersebut, kita harap ada tindakan agar tidak berlaku satu keadaan yang kononnya biasa berlaku. Dengan cara ini akan memberi pengajaran terutamanya kepada remaja supaya mereka tahu apa yang dilakukan itu salah.

“Nasihat saya kepadanya, janganlah terus mencetuskan sentimen perkauman yang akan membakar diri sendiri dan masyarakat di negara kita. Ini adalah contoh kesan kepada kononnya Kebebasan Bersuara yang seolah-olah dimartabatkan parti pembangkang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri, Pelancaran Bilik Gerakan dan Sambutan Hari Merdeka ke 53 anjuran Puteri UMNO Negeri Selangor di Bangunan UMNO Selangor semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Abdul Syukur Idrus, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor, Suhaila Mohd Zin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Shah Alam, Shuratini Ab Rahman dan Naib Ketua, Adriliza Abdan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!